Penyertaan FFM22 Kota Kinabalu 2009 dibuka


FFM22 Kota Kinabalu, Sabah akan berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos 2009 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah anjuran bersama FINAS, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama Negeri Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Dengan menggunakan tema 'Filem Malaysia ke Persada Dunia' pihak penganjur berharap ia dapat menuntut pengkarya filem agar lebih kreatif, dinamik dan progresif dalam menerbitakan filem-filem yang bekualiti. Dengan amalan professionalisme serta penguasaan ilmu dengan bantuan teknologi canggih dan inovatif industri perfileman kita dapat maju ke peringkat antarabangsa. Selain itu ia dapat mencetuskan motivasi dan semangat juang yang tinggi di kalangan penglibat filem untuk terus menghasilkan karya terbaik.

Penyertaan bagi Festival Filem Malaysia edisi ke 22 ini telah dibuka kepada semua penerbit filem tempatan serta individu-individu yang layak. Pada majlis sidang media yang diadakan di Hulu Kelang, FINAS menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Penyertaan dan Penjurian FFM22 2009, Puan Nancie Foo borang-borang penyertaan bagi semua kategori boleh didapati di laman web www.sinemamalaysia.com.my. Tarikh tutup penyertaan bagi semua kategori ialah pada 5 Julai 2009.

Seperti tahun lalu jumlah penyertaan bagi kategori Filem Dokumentari, Pendek dan Animasi agak merosot. Sehubungan dengan itu pada tahun ini jawatankuasa menyeru semua pihak termasuk IPT Awam dan juga Swasta serta syarikat-syarikat pengiklanan untuk mengambil bahagian di dalam FFM22.

Selain mengekalkan 13 Anugerah Perdana, FFM22 mewujudkan kategori baru iaitu Filem Komedi Terbaik di bawah Anugerah Cipta menjadikan 12 Anugerah Cipta dipertandingkan. Di samping itu, lima Anugerah Juri, FFM22 turut mengiktiraf pencapaian dan sumbangan karyawan filem menerusi Anugerah Veteran (Lelaki/Wanita), Anugerah Belakang Tabir dan Anugerah Box Office.

**nantikan info-info menarik mengenai FFM 22, 2009 akan datang**


Catat Ulasan

0 Ulasan