'Departures', wajar di tonton oleh semua pencinta filem!!

Memenangi 10 pencalonan di Japan Academy Prize Awards dalam kategori Best Picture, Best Director, Best Actor dan Best Screenplay, sekaligus melayakkan Departures arahan Yojiro Takita memenangi Best Foreign Language Film di Academy Awards 2009. Kemenangan dalam pelbagai pencalonan juga di beberapa festival seperti Grand Prix Des Ameriques 32nd Montreal World Film Festival, Mercedes Benz Audience Award from Best Feature in Palm Springs Intl Film Festival, Kinema Junpo Awards from the Best Film, Director, Screenplay and Best Actor winner is Masahiro Motoki, dan Audience Awards Winner from 28th Hawaii International Film Festival, cukup membuatkan Departures di anggap sebuah filem yang wajar di tonton oleh semua pencinta seni filem seluruh negara.

Menonton Departures arahan Yojiro Takita, mengingatkan saya kepada karya-karya Yasmin Ahmad yang sememangnya berjaya menyuntik minat saya dan juga pencinta filem bahawa karya terbaik datangnya daripada bahasa filem yang sempurna dan mengasyikkan. Departures mengisahkan bagaimana Daigo Kobayashi (Masahiro Motoki) menyelesaikan konflik persekitaran antara kerjaya dan keluarga, setelah Daigo ditamatkan kontrak daripada kumpulan muzik orkestra yang terkenal di Japan. Kesempurnaan bakat yang dimilikinya dalam permainan muzik cello dalam Orkestra kini dipandang sepi tatkala ia mendapat perhatian beberapa penonton termasuk si isteri yang amat menyanjungi bakat yang dipunyai Daigo. Pembukaan filem ini cukup sempurna kerana ia menceritakan kekecewaan Daigo Kobayashi dalam kehidupan sehingga meletakkan dirinya sebagai pengurus mayat yang berprofessional dan disegani. Percubaannya semasa sesi temuduga di NK berjaya menjadikan Daigo sebagai seorang manusia yang prihatin terhadap kasih sayang sesama manusia sehinggakan terjadinya konflik keluarga yang membuatkan Daigo dan isterinya terpisah sekejap lantaran daripada kerjaya sebagai pengurus mayat yang dipandang jijik si isteri. Walaupun agak aneh dalam kehidupan seorang jejaka kacak menjadi pengurus mayat (kerana ia tidak dibuat secara realitinya jika di Malaysia), tetapi di Jepun, ia seolah-olah satu kerjaya yang perlu dihormati oleh seluruh rakyat tempatan.

Departures boleh dikatakan sebuah filem yang agak berat tetapi ia memerlukan penghayatan yang jitu kerana naskhah arahan Yojiro Takita ini sarat dengan pelbagai mesej yang perlu diberi perhatian oleh penonton kerana ia menyentuh tentang kasih sayang, kekeluargaan dan hubungan persekitaran antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kesempurnaan hidup adalah satu kemaafan antara kita kerana ia merupakan satu kunci yang penting di dalam Departures. Walaupun ia sebuah filem yang agak perlahan tonasi struktur penceritaannya tetapi ia agak kuat pemikirannya kerana ia tidak memerlukan dialog yang berjela-jela seperti kebanyakkan filem tempatan lain yang boleh dikatakan agak klise dan mengarut. Susunan visual melalui beberapa adegan di dalam Departures cukup membuktikan ia sebuah karya yang kuat naratif penceritaannya, cemerlang bahasa filemnya, lantaran kemenangan Masahiro Motoki menerusi Best Actor adalah wajar dan berpatutan. Justeru, kepada anda yang tercari-cari sebuah karya dari Japan yang berkualiti, Departures adalah jawapan rasmi dan ia boleh dimiliki dalam cakera DVD yang kini telah berada di pasaran sekarang. (bagi yang terlepas menonton di Pawagam, sempena Japan Film Festival Screening at GSC).

**Nantikan kehangatan YoYooh Blogger Awards malam ini di Restoran Nelayan, Titiwangsa pukul 8.00 malam.. **

Catat Ulasan

0 Ulasan