DOA to Yasmin!!

Berita mengenai kemasukkan pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad ke Hospital Specialist Damansara semalam, telah mengejutkan ramai penggiat industri hiburan dan perfileman tempatan, termasuk rakan artist, peminat dan rakan media. Yasmin Ahmad, 51 dilaporkan masih stabil dan kini di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Specialist Hospital Damansara, selepas menjalani pembedahan di kepala akibat strok. Menurut Dr.Zakaria Zahri, Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara berkata, “Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapat pendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya dan keadaannya masih stabil". Namun begitu, selepas tersiarnya berita mengenai kemalangan mengejutkan itu, heboh seketika dunia internet apabila berita palsu mengenai Yasmin Ahmad telah meninggal dunia tersebar luas. Menurut salah seorang ahli keluarga Yasmin yang ditemui di hospital tersebut meminta agar spekulasi negatif mengenai Yasmin dihentikan seketika bagi menghormati keluarga Yasmin. Hari ini, dikhabarkan bahawa 'keluarga Yasmin tidak mahu rakan media menganggu situasi Yasmin di hospital'. Oleh itu, kita perlu menghormatinya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Yasmin Ahmad bakal mengarahkan sebuah projek yang melibatkan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza. Perbincangan semalam di TV3 bersama Media Prima dan Siti Nurhaliza adalah berkaitan perkara tersebut, dan sehingga kini projek itu ditangguhkan sementara menunggu Yasmin Ahmad pulih seperti sediakala. Justeru, semua warga filem mendoakan agar Yasmin Ahmad cepat sembuh kerana kita semua tidak mahu kehilangannya kerana Yasmin Ahmad adalah permata industri yang tiada pegantinya. Wallahuallam.


**Doakan agar Yasmin Ahmad cepat sembuh, dan saya masih menantikan berita terbaru mengenainya, Insyallah**

Catat Ulasan

1 Ulasan

Jo'el berkata…
Moga dia cepat sembuh....dan terus berkarya dengan karya-karya yang hebat....