'Estet dan Muallaf tidak tercalon di Festival Filem Malaysia 22, 2009?'


Festival Filem Malaysia ke 22, 2009 yang akan di adakan mulai 5 hingga 9 Ogos 2009 di Kota Kinabalu, Sabah, menyaksikan sebanyak 21 buah filem menyertainya. Daripada penyertaan yang masuk, hanya dua buah filem tempatan yang menarik diri daripada penyertaan FFM 22 ini. Antaranya ialah filem ESTET (Mamat Khalid) dan Muallaf (Yasmin Ahmad). Apakah kebenaran isu ini?. Mungkinkah kedua-dua filem tersebut tidak bersedia untuk menyertai FFM 22 ini?. Barangkali tuan punya director kepada kedua-dua buah filem ini boleh menjawab persoalan ini. Menurut satu sumber, ESTET telah dihantar menyertai FFM 22, tetapi ditarik balik kerana tidak bersedia bertanding ( masih belum siap) . Bahkan MUALLAF pula ditarik tayangan di pawagam dan berpindah ke tahun 2010. Namun begitu, jika dilihat kedua-dua buah filem tersebut, ESTET dan MUALLAF mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Apakah keistimewaan itu?. Sama-samalah kita fikir la ye..


**Kalau ESTET masuk bertanding di FFM 22, tentulah akan menang Filem Terbaik kerana ESTET memaparkan wajah Satu Malaysia.. tak gitu?!**

Catat Ulasan

4 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul, betul, betul! Amy Ikram senantiasa betul!
Tanpa Nama berkata…
muallaf kan belum release, dear, so kita orang buat keputusan jangan masuk dulu lah. that's all. but thanks for your concern.
mamat khalid berkata…
estet sedang mengejar A copy dan tak sempat kejar tarikh. neways yg bertanding tahun ni pun bagus2 filem nya.
Tanpa Nama berkata…
osman dok buat citer pasal bukak api tu sebab dia pun type 'balas belakang' gak.sbb tu yg pro sgt tu...