"Kehilangan Yasmin seperti kehilangan mak saya sendiri" – Sharifah Amani


soalan di petik dari laman hiburan (tupai.com.my)
*laman tersebut menyatakan 'Muallaf' terperap lama dari tayangannya di pawagam Malaysia adalah disebabkan LPF (Lembaga Penapis Malaysia) adalah tidak benar kerana menurut penjelasan LPF, 'Muallaf' telah diluluskan tayangannya, cuma terpulang pada pihak produksi samada mahu menayangkannya ataupun tidak!. Justeru.. mana satu yang betul?. hehehe*

Tahniah! Akhirnya selepas dua tahun, "Muallaf" akan ditayangkan di pawagam Malaysia. Apa perasaan Nani sekarang?
Saya memegang watak sebagai Rohani. Dia adalah seorang yang sangat tenang, penyabar, pemaaf dan sentiasa cuba untuk mengenali diri melalui agama. Rohani hidup hanya untuk Allah SWT dan juga adiknya, Rohana yang dilakonkan oleh adik saya sendiri, Sharifah Aleysha.

Apakah kesan watak Rohani kepada hidup Nani?
Apabila Yasmin memberi saya skrip ini dan memberi penjelasan mengenai watak Rohani, pada waktu itu saya rasakan alangkah bagusnya sekiranya saya boleh jadi sepertinya. Cemburu juga dengan diri Ani. Hakikatnya, saya adalah seorang yang berterus-terang, keras kepala, bukanlah seorang yang penyabar, tidak mudah memaafkan orang dan juga terlalu yakin sehingga mungkin akan menakutkan orang. Berbeza dengan Ani di mana dia adalah seorang yang sangat rendah diri, tenang dan berpengetahuan. Walaubagaimanapun semakin lama saya melakonkan watak Ani, secara tidak langsung ia turut menyerap dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, kini diri saya semakin tenang.

Sebelum "Muallaf" ditayangkan, kita dikecohkan dengan kontroversi Nani membotakkan rambut untuk watak Rohani. Apa komen Nani?
Saya pun tak faham kenapa perlu kecoh-kecoh apabila saya membotakkan rambut? Saya buat kerana ia tuntutan kerja dan saya rasa ia sangat berbaloi. Ini adalah salah satu cara kita menyampaikan jalan cerita agar ia memberi kesan kepada penonton. Saya adalah seorang yang jenis berdedikasi dengan kerja saya. Sebelum ini pelakon Hollywood, Natalie Portman pun pernah membotakkan rambutnya. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan berita kot! (ketawa)

Hari ini, "Muallaf" dipertontonkan buat pertama kali untuk media. Apa perasaan Nani apabila Yasmin tiada di sini ketika pra-tonton?
Sudah pasti saya takut lebih-lebih lagi mengetahui bahawa pelindung saya tiada dan saya akan berhadapan dengan media Malaysia seorang diri. Nak dijadikan cerita, ibu saya sendiri, Fatimah Abu Bakar pun sibuk!

Nani sememangnya rapat dengan Allahyarham. Apakah kesan ketiadaan Yasmin kepada hidup Nani?

Terus-terang saya katakana saya seperti kehilangan mak saya sendiri. Ia memberi kesan yang cukup mendalam kepada kehidupan saya. Saya bertemu Yasmin ketika saya berumur 17 tahun di mana pada waktu saya terlibat dengan filem "Sepet". Sejak itu, Yasmin lah yang membina karakter yang saya ada sekarang dan turut mematangkan saya. Ibu bapa saya memberi nama kepada saya, tetapi Yasmin memberi maksud kepada nama saya. Hidup saya juga tidak akan sama seperti dulu terutama sekali ketika ada masalah kerana selalunya saya akan menghubunginya untuk meluahkan perasaan. Sudah lama saya menangis dan mengurung diri saya. Walaubagaimanapun saya tahu sampai bila harus berkelakuan sebegini? Jadi saya ingin sambung apa yang saya lakukan iaitu untuk berlakon dan membuat filem. Apa sahaja idea yang saya berkongsi dengan beliau atau idea yang beliau tidak sempat masukkan, saya ingin buat. Namun sudah pasti dengan cara saya sendiri. Saya tidak mampu atau boleh meniru beliau. Ini sahajalah cara untuk saya berterima kepada Yasmin Ahmad kerana beliau banyak mengajar saya dalam kehidupan.

Terima kasih, Nani!

Sama-sama.

Berikut adalah senarai-senarai pawagam yang akan menayangkan filem "Muallaf":

1. GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
2. GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3. TGV Suria KLCC, Kuala Lumpur
4. TGV Sunway Pyramid, Selangor
5. GSC 1 Utama, Selangor
6. Cathay Cineplex Damansara, Selangor
7. TGV Kinta City, Ipoh, Perak
8. GSC Plaza Gurney, Georgetown, Pulau Pinang
9. GSC Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang
10. TGV Perda, Seberang Prai City, Pulau Pinang
11. GSC Multiplex Sungai Petani, Kedah
12. GSC Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
13. GSC Dataran Pahlawan, Melaka
14. TGV Jaya Jusco Tebrau, Johor
15. Cathay Cineplex City Square, Johor
16. Star Cineplex Medan Pelita, Kuching, Sarawak
17. Growball Cinemas Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah


p/s: Filem 'Muallaf' akan ditayangkan secara rasminya dipawagam seluruh Malaysia mulai 24 Disember 2009. Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton karya terakhir dari Yasmin..

Catat Ulasan

0 Ulasan