Keputusan Terkini: Festival Filem Malaysia ke-22, 2009 Kota Kinabalu, Sabah!!


Di sini diumumkan 9 anugerah yang telah disampaikan pada Malam Perlancaran Festival Filem Malaysia ke-22, 2009 di Centre Atrium 1 Borneo pada 5 Ogos 2009. Beberapa anugerah perdana lain seperti Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan sebagainya akan diumumkan esok malam secara langsung dari UMS, Sabah, 8.30 malam menerusi RTM2, dan ulangannya menerusi Astro Citra, 9 Ogos 2009.

ANUGERAH YANG DIUMUMKAN PADA 5 OGOS 2009

  1. Filem Dokumentari Terbaik (Bumi Pribumi)
  2. Filem Pendek Terbaik (Permata Bonda)
  3. Filem Animasi Terbaik (My Telatori)
  4. Filem Digital Terbaik (Aathma)
  5. Filem Box-Office Terbaik (Geng:Penggembaraan Bermula)
  6. Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim)
  7. Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Jaclynn Victor from Talentime)
  8. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Hadziq)
  9. Lagu Tema Asal Terbaik (Sayangku Disisimu - JIN HUTAN)
  10. Poster Terbaik (Histeria)

**Tahniah diucapkan. Cuma terkilan kenapakah Pete Teo tidak tercalon dalam kategori Lagu Asal Terbaik menerusi filem Talentime?. Apakah lagu ciptaannya ada elemen chinese dan tidak sesuai. Bukankah ia tema 1Malaysia?. Tepuk dada tanya selera!!** hehehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------
saksikan siaran langsung esok 8.30 malam menerusi TV2 'FFM22 Awards Nights'..
Red Carpet di Astro Ria / Citra
Ulangan di Astro Citra
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Catat Ulasan

1 Ulasan

Jo'el berkata…
beb.... tak pueh hati ler...filem budak kelantan hanya layak untuk pengarah harapan....

jaha (asrulfaizal kamaruddin)..budak kelantan tak tersenai pun untuk pelakon lelaki terbaik ataupun pelakon pembantu terbaik.Kalau filem ni atau si jaha ni kalah ketika bertanding tak ade masalah tapi tak tercalon ...tu yang timbul tak puas hati tu...padahal lakonan sangat hebat...