Aktor Harry Porter, Daniel Radcliffe berbogel lagi!!!

sumber : Kosmo

AKTOR remaja, Daniel Radcliffe akan berbogel sebanyak dua kali untuk filem Harry Potter seterusnya. Dia yang sebelum ini pernah berbogel dalam pementasan Equus yang dipentaskan di London dan New York akan mengejutkan peminat sekali lagi dengan aksi itu. Kali ini dia akan berbogel dalam babak bersama Emma Watson (Hermione Granger) dalam sekuel filem itu, Harry Potter And The Deathly Hallows. Menurut pengarah filem tersebut, David Yates, "Daniel sudah pernah berbogel sebelum ini. Terdapat beberapa babak dalam filem itu yang akan menyaksikan dia membuka baju tetapi kami masih memikirkan cara terbaik untuk mempersembahkannya. "Babak bogel itu wujud semasa kawan baik Harry yang juga merupakan cinta baru Hermione, Ron Weasley (lakonan Rupert Grint) sedang bertarung dengan makhluk jahat. Ketika itu, dia cuba untuk mempertahankan diri dan terbayangkan imej Harry dan Hermione sedang bercium dan intim." Satu lagi babak yang akan menampakkan tubuh Daniel adalah semasa dia hampir mati. "Babak itu, dia berada di stesen King Cross. Harry hampir mati dan ketika itu dia nampak Dumbledore," tambah pengarah itu. Daniel, 20, sebelum ini pernah mengaku bahawa dia sendiri terkejut kerana selesa berbogel di atas pentas. "Ia tidak pernah menjadi isu. Saya sendiri juga tidak pasti mengapa saya berasa begitu yakin." Harry Potter and the Deathly Hallows akan dibahagikan kepada dua episod. Episod pertama akan ditayangkan tahun depan.

Daniel Radcliffe on Equus Exclusive Clip!!



p/s: Confirm.. pawagam full seat lagi!!! hahaha
Ada ke pelakon kite berani mati beraksi begini dalam filem cereka atau filem pendek. Bikin 'comolot' aku pun dah hot!! ape la.. hehehe.

Catat Ulasan

0 Ulasan