Status Filem 'Mek Ani'... Apa keputusan FINAS?

Setelah setahun berita mengenai filem kenegaraan yang diluluskan FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), 'Mek Ani' yang khabarnya menelan belanja sekitar RM 5.4 juta, masih dinanti-nantikan keputusannya oleh penerbit dan pelakon kontroversi, Wan Noraini Wan Noh atau Kak Wan. Filem yang memperjuangkan unsur Mak Yong itu mendapat liputan meluas media ketika ia diumumkan dan sehingga kini isunya masih giat diperkatakan antara 'relevan atau tidak' pembikinannya. Ketika di temui di satu sidang akhbar baru-baru ini, Kak Wan amat berharap agar pihak FINAS memberikan penjelasan selanjutnya mengenai status filem tersebut. Ia merangkumi dari sudut kewangan agar pembikinannya dapat dilakukan segera supaya Mek Ani tidak dikatakan sebuah karya yang 'berangan' untuk direalisasikan. Seandainya, Mek Ani tidak diluluskan pinjaman pembiayaan dari pihak berkenaan, Kak Wan akan tetap memperjuangkan agar filem ini berjaya dihasilkan walau dengan apa cara sekalipun, tegasnya.

p/s: nanti saya cuba risik-risikkan. Tapi saya ada dengar mulut-mulut nakal yang mengatakan 'mampukah filem ini berjaya dihasilkan dan mendapat kutipan yang memberangsangkan?. Jikalau x, buang duit aje!!. hahaha. Jangan marah!!..

Catat Ulasan

3 Ulasan

Salam Amy..

Saya x dpt rsakan filem "Mek Ani" yang mengangkat Makyong sbg satu filem yg boleh mendapat sambutan dr org ramai..

Perbelanjaan utk membuat filem itu seakan-akan filem itu sesuatu diluar jangkaan seperti terdapat pengunaan props yg mahal atau pembikinan sesuatu cerita utk diadaptasikan kpd filem agak sukar.

Memang objektif filem tersebut mengangkat martabat seni Makyong supaya tidak ditelan arus kemodenan tetapi pengarah harus fikir bagaimana mahu menarik minat supaya penonton mahu menonton filem tersebut.

Kita boleh kira berapa ramai org Melayu yang mahu menonton filem tersebut. Alangkah bagusnya jika Mek Ani menggunakan teknik penceritaan yang boleh meninggalkan unsur2 kemanusiaan dan yang paling penting,bangkitkan semangat orang Malaysia supaya menonton filem yang bercorak sedemikian..

Saya mohon maaf jika saya agak mengkritik kerana sya pun bkn dlm bidang seni hiburan ttp itu hnya persepektif yg sy ingin smpaikan.

Jika arwah Yasmin Ahmad meninggalkan filem2 yg mempunyai nilai2 kemanusiaan..mesti ada pelapis yang boleh mengikut jejak langkah beliau.:-)
Amy Ikram berkata…
salam..

Terima kasih atas pendangan anda. Saya pun risau juga bagaimana sambutan audience jika filem ini direalisasikan juga. Pihak FINAS mungkin tahu kenapa ia lambat atau x lulus langsung. saya no komen atas isu jika FINAS menolaknya.

Seperti juga kata saudara
'pengarah perlu bijak mencari pendekatan yang sewajarnya untuk menarik audience. Kalau ceritanya hebat... x de tarikan.. producer hanya akan menggigit jari bagaimana nak membayar balik pinjaman yg diberikan..

wallahuallam...

p/s: Yasmin tetap di hati.. Nak tgk ASK 2009 mlm nie kt My Plasma aje.. huhuhu
fadz berkata…
Soalannya senang je: kenapa sampai 5.4 juta? Aku tak peduli dgn wang, janji filemnya bagus, sudah..