'Perginya seorang Pejuang Seni Sejati'.. Dr. Anuar Nor Arai ( 1943-2010)


Walaupun sempat menjadi anak muridnya semasa saya menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2007 lalu, Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai dapat disifatkan sebagai seorang guru dan tokoh yang amat tegas dan disegani antara semua penuntut pada ketika itu. Kelantangannya dalam mempersoalkan sesuatu perkara berhubung filem dan seni memperlihatkan Dr. Anuar antara pensyarah akademik dunia perfileman yang amat diperlukan dan dihargai. Memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Aswara membuktikan bahawa jasa dan pemikirannya terhadap sinema tempatan perlu dikupas bagi melahirkan bakat kreativiti baru yang perlu ada semua cabang pemikiran dalam menghasilkan sesuatu produk. Namun, pemergiannya pada 20 Januari 2010 lalu memperlihatkan dunia filem melayu tempatan mula merasai kehilangan pembikin filem, pensyarah akademik dan pengarah filem paling panjang durasi dan pembikinnya, Johnny Bikin Filem. Salam Takziah dari saya buat seluruh keluarga Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai, moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

AL FATIHAAH

  • Artikel lain mengenai Dr. Anuar Nor Arai.. klik sini

Catat Ulasan

0 Ulasan