4 buah filem lakonan P.Ramlee ditayangkan di Singapura April - Mei 2010!!

4 buah filem terbaik lakonan dan arahan Allahyarham Tan Seri P.Ramlee, 'Sarjan Hassan, Madu Tiga, Ibu Mertuaku dan Anakku Sazali' akan ditayangkan penuh ekslusif pada 23 April hingga 29 Mei 2010. Tayangan yang akan berlangsung di China Square Centre, Singapore ini adalah program memperingati seniman Tan Seri P.Ramlee, yang dianjurkan oleh Singapore Film Society. Program secara percuma ini mengalu-alukan kedatangan semua peminat dunia filem di seluruh rantau asia untuk berkampung di Singapura. Pelbagai acara menarik di adakan.

Untuk maklumat, sila klik sini

p/s: mengharapkan tayangan dalam format 35mm di mana-mana program yang dianjurkan terutamanya filem klasik. susah tau nk dpt format nie sebab tak ramai simpan. Yang diberi simpan pun buang merata-rata.hurmm

Catat Ulasan

0 Ulasan