Mencari JANTAN dalam tempoh 21 hari... Andartu Terlampau Mencari Jantan!!





Filem arahan Din CJ, lakon layar oleh Haliza Misbun, lakonan Haliza Misbun, Fahrin Ahmad, Awie, Azizi Chunk dan ramai lagi ini akan mencari jantan di seluruh panggung wayang mulai 20 Mei 2010. hehehe. Filem yang dilabelkan 'untuk tontonan umum' ini mengisahkan tentang seorang gadis lewat 20an bernama Nik Melati Sukma yang tertekan gara-gara sikap keluarganya yang mahukannya berkahwin segera. Jika tidak, maka Nik Melati akan dikahwinkan secara paksa dengan pilihan keluarganya. Pelbagai peristiwa menarik dan melucukan terdapat dalam filem berdurasi 90 minit ini. Apakah ia sekadar cerita klise sepertimana filem atau drama melayu yang ada?. Nantikan kemunculan Andartu Terlampau.. 21 Hari Mencari Jantan. eh.. mencari suami!. Apakah anda pilihannya?.

sinopsis selanjutnya. klik sini
portal rasmi filem terlampau ini. Klik sini


trailer filem terlampau abad ini..

p/s: mencari jantan dipawagam katanya!! hehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan