Akan Datang Ogos 2010... Nantikan kemunculannya!!!











Bakal ditayangkan secara rasmi pada 31 Ogos 2010 sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerbitkan sebuah filem dokumentari tentang Satu Malaysia. Filem berdurasi 45 minit hasil ilham Ahmad Idham bersama Meor Shariman, di arahkan oleh pengarah muda, Hafiz Raup. Satu Malaysia ( judul sementara) mengisahkan perjalanan 3 orang kanak-kanak yang diketuai Ajib, Jeya dan Yoklin. Mereka bertiga menyertai rombongan untuk melawat pameran Satu Malaysia di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Semasa berada di Muzium Negara, salah seorang dari mereka menyentuh salah satu gambar pameran bersejarah yang membuatkan ketiga-tiga mereka terperangkap dalam beberapa situasi penting negara - tragedi 13 May, Konfrantasi, peperangan dan sebagainya. Beberapa adegan menarik, mencabar dan menggemparkan bakal dihidangkan dalam sebuah filem satu Malaysia akan datang Ogos 2010.

Satu Malaysia ( tajuk sementara )
Idea & Konsep : Ahmad Idham & Meor Shariman
Penerbit Eksekutif : Mustazha Mustaffa
Penerbit : Mohd Hafiz Raup
Line Producer : Amy Ikram Ismail
Pengurus Produksi : Elly Suhaili
Pen. Pengurus Produksi : D Boy
Pengarah Fotografi : Raja Mukhriz
Pengarah Grafik & CGI : Shuhaimi
Arahan & Lakon Layar : Mohd Hafiz Raup
dan ramai lagi....

akan datang Ogos 2010
nantikan kemunculannya

Catat Ulasan

0 Ulasan