Bila Chukang di laser oleh Diva Laser No 1!!!

Shuhaimi ( pengarah chukang ) bersama Amran Ismail ( pelakon chukang)


Filem pendek penuh kontroversi 'Chukang' arahan karyawan bebas, Shuhaimi Lua yang memaparkan kisah hidup golongan gay di rumah urut kini menjadi topik perbualan hangat dikalangan media tempatan, termasuk golongan artis dan penggiat filem. 'Chukang' yang masih rancak ditayangkan di laman you-tube berjaya mengutip rating tertinggi filem-filem kontroversi selepas Bukak Api dan Comolot. Terbaru, pelakon Chukang juga merupakan penggiat teater, Rosnan Rahman di khabarkan disimbah simen di kawasan rumahnya akibat daripada filem kontroversi tersebut. Bukan itu sahaja, pengacara, pelakon dan penulis blog terkenal, Azwan Ali juga mengecam filem tersebut yang di katakan filem lucah sehingga melabelkan Shuhaimi sebagai Pengarah Cik Gayah.

Memetik kata-kata Azwan dalam blognya 'Si Laser Azwan Ali Amboi3x', ' TAPIII......SOAL NYA NOK....YANG MAK GERAM NI??? SI PENGARAH PUN??? CIK GAYAH BESAR JUGAK !!! SETAKAT MUKA HAMPEH DIA TU...BERSEPAH MERANGKAK PUSAT PUSAT URUT NI !!! TU YANG DIA DAPAT ILHAM KONON !!! SIAP BUAT STATEMENT ...KONON JALAN CERITA DRAMA LUCAH BODOS NYA TU.....UNTUK BAGI KESEDARAN & KEINSAFAN !!! EH HELLO???? KO PUN SAMA SONGSANG....SAMA MERANGKAK KEMARUK JANTAN....BANYAK KO PUNYA MESEJ KANNN???? TOLONG LAH NOK.....CARUTKAN PENGARAH....CIK GAYAH TU !!!!. klik sini untuk baca selanjutnya

Kritikan dan kecaman Azwan Ali tersebut mendapat perhatian pelakon terkenal, Ifa Raziah yang membuat andaian bahawa 'Takpe nyah..kalau azwan kutuk ko bermakna ko popularlah..azwan takkan kutuk kalau org tu tak popular...yg penting azwan tu MAK GAYAH..sbb dia rasa tergugatlah skrg ada org yg lebih bagus dr dia...he..he..'. Selepas Chukang yang menimbulkan polimek dikalangan rakan artis, kini Shuhaimi dikhabarkan bakal mengarahkan sebuah lagi filem bertajuk Ratu Suntik yang bakal menampilkan Ifa Raziah sebagai teraju utamanya.

p/s: Cayalah Shuhaimi... bikin panas sehingga ada yang tak leh duduk diam!!!. Kalah filem aku -comolot- dan osman ali -bukak api-. hehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan