'Appalam', versi Tamil Papadom!!!


Mendengar sahaja tajuk 'Appalam', barangkali anda diluar sana tertanya-tanya.. cerita apa tue?.. siapa pelakonnya? Tak pernah dengar pun!!. 'Appalam' karya terbaru Afdlin Shauki merupakan filem tamil pertama yang diterbitkan produksi Tayangan Unggul Sdn Bhd. Menelan belanja sekitar 1.5 juta Ringgit Malaysia, 'Appalam' antara filem wajib ditonton untuk tahun 2010. Menggunakan latar cerita dari karya Papadom, 'Appalam' antara filem terbaik sentuhan sutradara tersohor, Afdlin Shauki. Jom kita lihat antara 5 terbaik dalam Appalam!!.

  • 'Appalam' boleh disifatkan sebagai filem tamil tempatan pertama yang dibikin dalam format 35mm setelah hampir 24 tahun filem tamil tidak dihasilkan dalam bentuk filem. Kebanyakkan produser tempatan tidak berani melabur wang yang banyak untuk menghasilkan sebuah filem tamil, kerana kebanyakkan penonton hanya menonton filem tamil dari negara India sahaja. Namun kemunculan 'Appalam' sedikit sebanyak diragui keberkesanannya.. tetapi apa yang pasti ia sebuah karya terbaik 2010.
  • Diarahkan sutradara terbaik, Afdlin Shauki , 'Appalam' antara filem adaptasi dari karya Papadom, juga arahan Afdlin Shauki. Ia banyak perbezaannya kerana Appalam lebih dekat dengan jiwa masyarakat India di mana penekanan dalam Appalam lebih kepada sifat kekeluargaan dan kasih sayang antara seorang bapa dengan seorang anak. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana biarlah penonton sendiri menilainya bukan?.
  • Lakonan S.Gana sebagai Appalasamy boleh dipuji kerana penghayatan wataknya amat cemerlang dan ia tidak sedikitpun sama dengan Afdlin Shauki dalam Papadom. Walaupun pertama kali muncul dalam filem arus perdana, S.Gana boleh diasah bakatnya lagi. Ini tidak bermakna wataknya cemerlang dalam Appalam, watak lain turut diakuinya. Namun, apa yang pasti S.Gana telah memberikan yang terbaik dari pelbagai sisi tentang karektor Appalasamy. Jika mahu diuji bakatnya dalam dunia lakonan, berilah watak yang pelbagai kepadanya.. nescaya ia akan menjadi satu watak yang meninggalkan kesan kepada penonton. Watak Shruti ( anak Appalasamy) dilakonkan oleh Raja Ilya. Menariknya, Raja Ilya adalah pelakon berbangsa melayu bukannya India. Ini menunjukkan bahawa, bangsa apa pun boleh membawakan sesuatu watak dalam sesebuah filem. Appalam turut membariskan Shasi Tharan, Sharifah Armani, Afdlin Shauki dan ramai lagi.
  • Suka duka kehidupan sesebuah masyarakat digambarkan begitu harmoni dalam Appalam. Walaupun ia sebuah filem berbahasa Tamil, tetapi ia tidak mengecewakan khalayak kerana Appalamlah filem Malaysia selepas ESTET yang saya akui kehebatannya.
  • Filem Wajib ditonton sampai tak terkata apa-apa untuk ditulis!

p/s: Appalam kini dipawagam seluruh Malaysia.. 25 November 2010!! Jangan lepaskan peluang anda!! Wajib Tonton!!

Catat Ulasan

1 Ulasan