Bertemakan Homoseksual, 'Insects In The Backyard' diharamkan kerajaan Thailand!!


Kerajaan Thailand melalui Majlis Filem Nasional Thailand enggan membenarkan sebuah filem bertajuk 'Insects In The Backyard' ditayangkan kepada umum. Filem arahan Tanwarin Sukhapisit itu menceritakan kisah seorang transeksual dalam membesarkan anaknya sehingga menimbulkan konflik yang cukup menyayat hati. Menurut sutradaranya dalam satu kenyataan akhbar memetik bahawa beliau tidak akan membenarkan mana-mana adegan dalam filem tersebut dipotong kerana ia akan menjejaskan keseluruhan jalan cerita. Insects In The Backyard merupakan antara filem kemanusiaan yang amat menyentuh perasaan itu tentunya memiliki beberapa adegan yang dirasakan bakal menimbulkan sensitiviti dikalangan masyarakat, walhal itu ia diharamkan dari tayangan di Thailand.


p/s: Apakah LPF Malaysia boleh menerima keterbukaan jika produser filem ini mahu menayangkannya di Malaysia?. Tepuk dada tanya selera..

Catat Ulasan

2 Ulasan

Penapenis berkata…
"Generasi muda remaja kita banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh. Salah satunya, yang saya anggap paling serius adalah filem-filem yang mereka tonton melalui televisyen dan media2 lain. Dalam era moden ini, memanglah kita tidak boleh sekat bahan-bahan yang keluar, terutamanya yang berkaitan dengan pergaulan secara bebas, dadah, homoseksualisme dsb. Bagaimanapun, kita boleh hadkannya. Kita tidak mahu filem-filem sebegini merosakkan mereka kerana kita tahu medium ini mampu mempengaruhi tingkah laku mereka," kata Pengerusi LPF sambil membetulkan jambul beliau.
artisticklytouch berkata…
sangat berat untuk kita terima keburukan sendiri, adalah lebih baik untuk kita buat-buat tak nampak. itulah yang tidak betulnya.

filem seperti ini adalah gambaran sebenar apa yang berlaku di luar sana.

saya menyokong filem seumpama ini hanya jika orang seni di sebalik pembikinan filem ini lebih artistik dan kreatif dalam memaparkan unsur2 taboo ini.