Jawatan KP FINAS dilanjutkan tempoh


Jawatan Ketua Pengarah FINAS yang sepatutnya tamat tempoh hari ini, telah dilanjutkan selama 6 bulan lagi. Menurut sumber dari kementerian, khidmat Mohd Mahyidin Mustakim sebagai Ketua Pengarah FINAS akan dilanjutkan sehingga Jun 2011 mengikut budi bicara menteri KPKK. Jawatan yang agak panas itu sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila pengarah filem terkenal, Ahmad Idham dikatakan bakal memegang tampuk pemerintahan tertinggi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) itu. Isu itu menjadi kontroversi gara-gara ketidakpuasan hati beberapa penggiat filem tempatan.

Terkini, Ahmad Kamil Othman yang merupakan Naib Presiden MDEC juga dikatakan bakal menggantikan Mahyidin sebagai KP Finas yang baru. Namun atas sebab tertentu, Ahmad Kamil menolak tawaran yang dikeluarkan pihak KPKK dengan alasan tidak berminat dengan jawatan yang dikeluarkan. Harap Maklum

p/s: Siapakah yang bakal menjadi KP FINAS selepas Mohd Mahyidin Mustakim?.

Catat Ulasan

0 Ulasan