Me'Ngangkung' dengan Kak Limah di Panggung!!!.. berjutaan ringgit!!!

Ismail Bob Hashim, pengarah filem Ngangkung

Filem Ngangkung terbitan Metrowealth Productions dan Hantu Kak Limah Balik Rumah terbitan Tayangan Unggul antara dua filem tempatan yang berjaya mengutip kutipan yang agak memberangsangkan. Ngangkung arahan Ismail Bob Hashim berjaya meraih kutipan RM 8 juta ringgit manakala Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid pula berjaya mengutip kutipan terkini sebanyak RM 4.8 juta ringgit. Ketika membuat tinjauan di GSC Mid Valley baru-baru ini, rata-rata penonton tempatan memenuhi setiap ruang dalam panggung besar untuk menonton Hantu Kak Limah. Gelak ketawa kedengaran sebaik sahaja visual memaparkan Shy8 membawa karektor Ucop dalam Hantu Kak Limah. Apa yang pasti, kejayaan ini adalah dengan sokongan peminat yang tidak jemu menonton berulang kali Hantu Kak Limah di pawagam. Saya berani katakan filem ini akan berjaya mengutip kutipan pecah panggung RM 10 juta ke atas jika penonton masih mahu menontonnya. Bagi anda yang belum menonton, segeralah ke pawagam berhampiran kerana filem ini tentunya tidak akan mengecewakan anda.. Anda pasti ketawa dari awal hingga habis filem ini.

Mamat Khalid, sutradara Hantu Kak Limah Balik Rumah

p/s: Sape-sape yang setuju kite pecah panggung kak limah, angkat tangan macam sa... ya.. hahaha

Catat Ulasan

1 Ulasan

Che Kay berkata…
ala saya angkat tangan....tapi mesti tak nampak~~ hehe. kak limah best~~