David Teo mahu Khir Mohd Noor mohon maaf!!

Penerbit besar Metrowealth Movies dan MIG Films, David Teo mahukan presiden Profima, Khir Mohd Noor memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya selama ini mengenai karya-karya terbitan Metroweath. Menurut David, Khir Mohd Noor tidak menghargai apa yang produksi kami hasilkan selama ini, dan sebab itulah David menarik diri dan tidak membenarkan mana-mana karya terbitan produksinya dipertandingkan di dalam Anugerah Profima 2010 yang telah diadakan semalam di Palace Of Golden Horses. Selagi Khir tidak memohon maaf, David tidak akan bekerjasama langsung dengan presiden Profima itu dalam mana-mana aktiviti sekalipun.

Harap maklum.

Catat Ulasan

0 Ulasan