'P.Ramlee Documentary'.. dalam DVD


Diterbitkan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dan AETN All Asia Network . P.Ramlee Documentary, yang dihasilkan Datuk Paduka Shuhaimi Baba dibawah produksi Pesona Pictures Sdn Bhd antara dokumentari biografi yang amat menyentuh perasaan. Dipancarkan tahun lepas melalui saluran History Channel, Astro 555, P.Ramlee Documentary memaparkan sebuah kisah tentang P.Ramlee sebagai ikon dunia perfileman tempatan.

Dokumentari yang memaparkan sisi kehidupan seniman tersohor itu dari pelbagai aspek, juga memuatkan rakaman perbualan ekslusif bersama beberapa anak seni termasuk P.Ramlee dan juga teman seperjuangannya ( yang telah meninggal dunia), nyata memberikan signifikan tersendiri bahawa P.Ramlee The Belated Superstar antara naskhah sentuhan Shumi yang berjaya di mata dunia.


Dimuatkan dalam bentuk DVD yang tidak akan dijual ( mana tahu satu hari nanti akan berada dipasaran, jika mendapat kebenaran) , P.Ramlee antara tokoh seniman yang masih hidup dijiwa anak Malaysia.
p/s: Nantikan kemunculan Biografi: Sudirman, yang juga diterbitkan FINAS bersama AETN pada February 2011 nanti di History Channel. Saya mengharapkan ia juga ditayangkan dalam format HD di History HD Beyond. Baru lah best!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan