Hantu Kak Limah ada kesinambungannya...


Walaupun masih ditayangkan dengan jumlah kutipan RM 7 juta, filem Box Office Tayangan Unggul, Hantu Kak Limah Balik Rumah garapan Mamat Khalid bakal ada kesinambungannya. Filem seram komedi itu akan memaparkan kisah penggembaraan Kak Limah dalam membawa penduduk kampung ke Singapura. Pelbagai peristiwa aneh dan menggemparkan bakal terkandung dalam 'Usop, Abi dan Jin Pakai Toncet', antara judul sementara Hantu Kak Limah bagi musim kedua. Ketika ditemui, Azwan Annuar, bintang Hantu Kak Limah menyatakan bahawa siri kedua Hantu Kak Limah itu dalam perancangan untuk merealisasikannya. Apa yang pasti, kedatangan kak Limah untuk musim ke dua 2011, tentunya akan dinantikan semua peminat filem tempatan. Bagi anda yang belum menonton ( masih ada) hantu kak limah segeralah ke pawagam sekarang!! cer cite cer cite...

Delimawati sebagai Kak Limah
p/s: Nantikan kehangatannya..

Catat Ulasan

0 Ulasan