'Khurafat' di Malam Bersama Bintang FINAS, 11 Februari 2011


Sempena Minggu Hari Terbuka FINAS 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sekali lagi akan menganjurkan 'Malam Bersama Bintang' pada 11 Februari 2011. Bertemakan Rock Balada, Malam Bersama Bintang turut menampilkan Zul Handy Black, Ain AF8 dan Siti Sarah Raisuddin. Bermula pada pukul 8.30 malam di Dataran Karyawan, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, acara yang diadakan sebulan sekali itu akan menayangkan Khurafat, sebuah filem terbitan Skop Production yang diarahkan oleh Syamsul Yusof. Selain itu promosi bagi filem Kembar Siang arahan Prof Madya Dr Hatta Azad Khan akan juga di adakan. Pada semua peminat filem dijemput hadir bagi memeriahkan acara yang di adakan. Masuk adalah percuma..


p/s: datang ramai-ramai ye.. mlm tue jugak Studio SoundStage akan menyiarkan siaran langsung Raja Lawak... hehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan