'Ngangkung' dan 'Hantu Kak Limah' antara yang berjaya 2010..


'Ngangkung' terbitan MiG Films dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' terbitan Tayangan Unggul antara dua buah filem tempatan yang berjaya mengutip pulangan tertinggi di dalam sejarah perfileman tempatan. 'Ngangkung' arahan Ismail Bob Hashim mengutip pulangan terkini RM 8.18 juta, manakala 'Hantu Kak Limah' pula berjaya mengutip kutipan RM 7.90 juta ringgit Malaysia. Jika dilihat pada kuantiti penontonan antara kedua buah filem tersebut, Hantu Kak Limah antara filem yang berjaya mengumpul jumlah penonton tertinggi di dalam mana-mana panggung seluruh Malaysia. Menariknya, filem garapan sutradara tersohor, Mamat Khalid itu sebelum ini mengutip kutipan agak merosot, tetapi untuk komedi seram 'Hantu Kak Limah', ia berjaya dalam sejarah sinema tempatan khususnya buat produksi Tayangan Unggul.

Terkini, filem 'Hantu Kak Limah' kini boleh ditonton selama 48 jam tanpa henti melalui saluran berbayar 'Astro First'. Peminat filem bolehlah ke saluran 480 astro untuk melanggan. Begitu juga dengan Ngangkung yang boleh diakses melalui dua saluran first iaitu 'Ngangkung SD dan Ngangkung HD'.

p/s: Filem Hantu Kak Limah kini berkampung di Perak bagi siri yang kedua.. Nantikan telatah lucuh filem kedua ini akan datang..

Catat Ulasan

0 Ulasan