4 filem pendek terbaik di Stor DBP April 2011


Kepada anda peminat filem, apa kata luangkan masa anda bersama kami pada 9 April 2011, bermula jam 8 hingga 11 malam di Stor DBP, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah filem pendek akan ditayangkan pada malam tersebut, antaranya Sesat, Zahir Tak Terucap, Kopitiam Kurang Manis, dan Mata Boleh Melihat. Filem-filem tersebut antaranya berdurasi 10 minit hingga 30 minit, di mana ia menampilkan pengarah muda berbakat iaitu Aliff Ihsan, Maz Irwan, Azri Abu Hassan dan Ashroff Nor Shaid.

Program kelolaan Angkatan Pembikin Filem dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka itu
mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem khususnya penulis blog, pengkritik filem dan peminat filem tegar untuk sama-sama memeriahkan acara.

Pelbagai aktiviti termasuk sesi diskusi filem pendek tersebut akan di adakan. Turut dijangka hadir pada malam tersebut adalah pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, U-Wei Hj Shaari, pengkritik filem, A. Wahab Hamzah dan penerbit filem, Gayathri Su Lin Pillai.

Masuk adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila klik di sini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Hulu Kelang, FINAS

Catat Ulasan

0 Ulasan