'Saya Amat Menyintaimu', Syafiq Yusof

Tahniah buat KL Gangster arahan Syamsul Yusof yang pecah panggung RM11 juta ringgit!. Tahniah juga buat semua team produksi Skop yang berjaya meletakkan sinema malaysia ke persada seterusnya. Oh ya, bile sebut saja tentang filem Skop seterusnya, teman ingin memaklumkan pada semua pembaca bahawa anak kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof akan bergelar sutradara filem seperti abangnya, Syamsul Yusof. Apa tidaknya, baru-baru ini, Skop Production melalui Syafiq telah mengadakan sesi 'script reading' untuk filem sulung arahannya, 'Saya Amat Menyintaimu'. Filem yang dibarisi Shaheizy Sam dan Lisa Surihani itu merupakan sebuah filem bertemakan cinta romantik yang akan memulakan penggambarannya pada 8 Julai 2011 di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ulu Klang dan banyak lagi.

Apa yang teman harapkan dari Syafiq.. Buat sesuatu yg interesting dan menarik supaya sinema malaysia kita akan terus berkembang dan berkembang!.

Cayoook!.

Hope dia bakal jd pelapis pengarah film di Malaysia.

- waiting for cinta kura-kura by Nizam
Zakaria & Anak Ikan by Ajami Hashim-

Catat Ulasan

0 Ulasan