Muallaf Yasmin Ahmad di Malam Penghargaan Industri Filem 2011


Pengarah Filem Terbaik di 54th Asia Pacific Film Festival 2010, Allahyarham Yasmin Ahmad menerima Anugerah Pencapaian Karyawan Filem Tempatan Di Peringkat Antarabangsa di Malam Penghargaan Industri Filem 2011 di One World Hotel, Petaling Jaya. Anugerah disampaikan oleh Ketua Pengarah Finas, Mahyidin Mustakim kepada Datin Orked Ahmad sebentar tadi.

Turut menerima penghargaan malam ini adalah penerbit KRU Films, Norman Abdul Halim menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, Lescopaque Production - Upin dan Ipin, serta penerbit dokumentari Among The Great Apes With Michele Yeoh.

Selain dari itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian beberapa anugerah filem lain termasuk penghargaan kepada karyawan muda antaranya filem Crayon, Jalang, dan KL Drift.

Majlis turut dihadiri oleh beberapa selebriti, tetamu vip dan Menteri KPKK, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri.

Sekalung penghargaan dan tahniah pada semua pemenang pada malam ini terutamanya kepada Suhaila Nurdin, yang memenangi Penulisan Skrip Terbaik bagi filem cereka.

Berita selanjutnya akan datang....


Catat Ulasan

0 Ulasan