'Jangan Tanya Aku Lagi.. Farawahida MTV by Shuhaimi Lua



Selepas mengarahkan video klip Aril AF, pengarah muda, Shuhaimi Lua kini kembali beraksi dengan sentuhan barunya menerusi 'Jangan Tanya Aku Lagi'. Video Klip terbitan Zeel Productions itu menampilkan Farawahida, merupakan video klip kedua arahan Shuhaimi yang telah menjalani penggambaran di Ipoh, Perak baru-baru ini.

'Jangan Tanya Aku Lagi - Farawahida', merupakan lagu tema drama 'Mata Ayer' yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Lagenda.

Sama-sama kita tunggu dan lihat hasilnya nanti ya..

jom kita dengar dan hayati lagu terbaru Farawahida - Jangan Tanya Aku Lagi
Ini bukan Video Klip dia k.

antara gambar menarik semasa pembikinan MTV Jangan Tanya Aku Lagi





Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
whoa...kat ipoh ke ni??
cantik la padang pasir dia...
ala-ala padang pasir Bromo kat Indon tu..
cayalah ipoh..kudos to farawahida n zeel prdction