Isu Royalti dan Pengulangan Hak Tayangan Siaran


'Setiap drama yang ditayangkan di kaca tv dan diulang siar seberapa banyak mungkin, perlu dibayar royalti kepada penerbit dan pengarah', luah Rashid Sibir, penerbit dan pengarah drama terkenal. Kenyataan ini ekoran isu hak siaran dan pemulangan royalti kepada penggiat industri filem dan hiburan tempatan yang cuba dipersoalkan Persatuan Seniman Malaysia, melalui Presidennya, Harun Salim Bachik.

Mengikut logik akal, setiap drama atau telemovie yang disiarkan di kaca tv perlu mengikut prosedur yang ditetapkan stesen penyiar. Ini bermakna stesen tv punyai hak siaran atas produk tersebut, Tetapi, jika rancangan itu ditayangkan pertama kali dan diulang siar banyak kali oleh sesebuah stesen tv, maka penerbit boleh menuntut royalti atas karya mereka yang ditayangkan di stesen tv berkenaan. Ini bermakna, royalti perlu dibayar kepada pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon dan krew terlibat, agar ia dapat menjaga hak ekslusif sesebuah produk yang disiarkan walaupun ia telah dibeli oleh sesebuah stesen penyiar. Ini boleh merujuk kepada stesen berbayar, ASTRO yang kerap kali menyiarkan drama atau telemovie terbitan mereka atau terbitan produksi luar. Jika ia kerap kali disiar, ini bermakna stesen tv mestilah membayar royalti bagi setiap siaran atau setiap ulang siar kerana, setiap karya seni itu mestilah dibayar walaupun ia berusia seribu tahun kerana 'karya seni adalah karya yang cukup ekslusif'. Tanpa pengkarya juga, mana mungkin sesebuah karya seni mampu berdiri dengan sendirinya.

Wallahuallam.

Catat Ulasan

0 Ulasan