'Astro Bintang dan Astro Pelangi' hiburan dan filem terbaik dari Indonesia 2011 dalam Pakej Indo Pek!


Mulai 16 Julai 2011, Stesen berbayar digital ASTRO, dengan kerjasama Broadway Media akan memperkenalkan 2 saluran Astro baru iaitu Bintang dan Pelangi. Kedua-dua saluran ini merupakan saluran berbahasa Indonesia sepenuhnya yang akan menghidangkan pelbagai genre hiburan termasuk filem, drama, muzik dan variasi. Kedua-dua saluran ini akan beroperasi sepenuhnya 24 jam tanpa henti mulai 16 Julai hingga 14 Ogos 2011. Menurut Khairul Anwar Salleh, Presiden Perniagaan Melayu Astro, 'kedua-dua saluran ini akan beroperasi secara PERCUMA pada tarikh tersebut, dan selepas 15 Ogos 2011, kedua-dua saluran itu mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 12.00 sebulan bagi pelanggan Astro yang berminat terhadap 2 saluran tersebut.

Astro Bintang (141) merupakan rangkaian drama ( sinetron) dan variasi terbaik yang diimport khas dari Indonesia sepenuhnya. Ia menghidangkan pelbagai program hiburan tanpa sempadan yang memberi hidangan menarik seperti rancangan muzikal, komedi, gossip dan drama ; tentunya mencuit hati anda sebagai pencinta muzik dan program dari seberang.


Astro Pelangi (142) merupakan rangkaian saluran filem-filem terbaik dari Indonesia sepenuhnya. Ia merangkumi filem-filem dari zaman 70-an hinggalah era kini, bersesuaian dengan kandungan tv dan filem arus perdana dari Indonesia.

Jika anda peminat setia filem-filem dan hiburan Indonesia, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton Pelangi dan Bintang bermula 16 Julai hingga 14 Ogos 2011 di saluran 141 dan 142. Jika anda mahukan kedua-dua saluran itu menjadi milik anda, langganlah saluran Indo Pack tersebut mulai 15 Ogos 2011 dengan harga langganan RM 12.00 sebulan.

untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.

Catat Ulasan

0 Ulasan