Ketahui Waktu Solat, Berbuka & Bersahur dengan Solqib!



Era Telekomunikasi dunia berkembang luas bagaikan cendawan selepas hujan. Ia menyaksikan kewujudan beberapa peranti digital atau software bersesuaian dengan format sesebuah telefon mahupun alat digital yang lain. Terkini, syarikat pembekal sistem aplikasi I-Phone dan I-Pad, Terato Tech Sdn Bhd (Terato) memperkenalkan 'Solqib', aplikasi bercirikan islam multimedia yang membolehkan pengguna telefon bimbit I-Phone dan I Pad menurun muat aplikasi Solqib dengan mudah melalui Apps Store.

Aplikasi percuma itu juga boleh diturun muat melalui aplikasi Jailbreak, di mana kemudahannya lebih tertumpu kepada capaian waktu solat bagi seluruh Malaysia, Waktu Berbuka Puasa, dan Bersahur, di mana infonya akan dihantar terus ke telefon bimbit pengguna, bagi yang telah memuat turun Solqib itu ke IPhone atau I Pad anda.
Menurut Reza Razali, pengarah urusannya, 'Aplikasi Solqib tidak memerlukan capaian data 3G untuk berfungsi yang mana jika anda dalam perjalanan jauh, maka anda boleh terus menggunakannya dimana anda berada di dunia ini.

So... try la.. pasti anda menyukainya.

sila klik sini atau boleh baca info di sini.

Catat Ulasan

0 Ulasan