'Hantu Bonceng', garapan sutradara terkenal, Ahmad Idham nyata memecah rekod industri filem tempatan, apabila kutipan filem tersebut mencecah RM 5 juta dalam tempoh 5 hari tayangan. Ini bermakna filem melayu masih bertapak kukuh walaupun terdapat persaingan antara filem-filem antarabangsa yang lain. Paling menerima impak yang tinggi, ialah filem Karipap Karipap Cinta arahan Hafsham, yang khabarnya jatuh merudum kesan daripada promosi yang amat kurang. Jadi ramai pihak cuba menuding jari atas kejayaan Hantu Bonceng yang dikatakan amat kuat promosinya berbanding Karipap Karipap Cinta. Itulah kelebihan dan kehebatan dalam sentuhan magis Ahmad Idham, selaku pengarahnya.
Hantu Bonceng, sebuah komedi seram yang amat hebat dari segi kutipan filemnya, tetapi dari segi pengisian jalan ceritanya nampak klise dan ia boleh dikatakan bukan sebuah karya segar seperti yang diinginkan sesetengah pemikir dan pemerhati filem. Sekiranya anda seorang peminat dan pengkaji filem, Hantu Bonceng mungkin mengecewakan anda, tetapi bagi anda yang ingin mencari hiburan tanpa perlu memikirkan plot dan kehebatan dalam naskhah lakon layarnya, maka Hantu Bonceng bisa membuatkan jiwa anda terhibur, di kala kesibukan bekerja dan mencari sesuap rezeki. Tetapi harus diingat bahawa, jika kita membikin filem yang memerlukan pelbagai falsafah dan teori perfileman sehingga membuatkan penonton tidak memahami isi cerita dan kehendak penceritaannya, apakah ia sebuah karya yang akan ditonton jutaan penonton yang telah menyumbang RM 5 juta untuk pulangan bagi sesebuah filem, misalnya untuk Hantu Bonceng?. Jadi usah membandingkan kualiti sesebuah filem apabila ia ditayangkan di pawagam dengan filem-filem yang mempunyai segala teori dan pendekatan, kerana setiap filem yang ditayangkan mempunyai rencah pemikirannya dan target audiencenya tersendiri. Jadi filem yang baik adalah filem yang dapat diterima segenap lapisan masyarakat. Dalam perkara ini, semua filem adalah sama, cuma pendekatannya berbeza mengikut citarasa, keinginan dan kehendaknya, maka dalam situasi ini 'make film to make a business'.
Populariti pelakon yang membintangi sesebuah filem, boleh dikatakan antara faktor kejayaan dan kekuatan sesebuah filem. Tetapi, kegagalan sesebuah filem bukan bermakna pelakon itu tidak hebat dari segi lakonannya. Barangkali rencah dan perisa filem itu tidak menjadi walaupun lakon layarnya agak bagus. Dalam perkara ini, Hantu Bonceng dikatakan mempunyai perisa yang amat lazat bahkan ia dibantu dengan pelakon-pelakon dan bintang-bintang yang bergemerlapan, antaranya Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Taiyuddin Bakar dan Dottie. Antara mereka ini mempunyai tarikannya yang tersendiri, jadi kemungkinan besar sesetengah penonton kita ingin menonton dan membayar tiket bagi menyaksikan sesebuah filem berlandaskan populariti seseorang pelakon. Jika tidak, buat filem tak dapatlah untung.. Jadi kalau tak untung, macam mana nak hidup bukan?.
Jika ditanya pada saya, 'apakah kehebatan dan kekuatan Hantu Bonceng berbanding filem-filem seram komedi yang lain?', Jawab saya , 'ia melucukan dan boleh membuatkan jiwa anda bergelak ketawa di samping dapat merehatkan minda dikala kekusutan di siang hari', sepertimana anda menonton kelucuan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', arahan Mamat Khalid. Jika dibandingkan keduanya, karya Mamat Khalid lagi meninggalkan kesan berbanding Hantu Bonceng yang hanya dibikin untuk membuatkan jiwa penonton terhibur, tetapi pendekatan dan falsafahnya amat berkurangan, namun jangan dikatakan ia karya tidak berkualiti.. jika tidak berkualiti mana mungkin ia dapat ditayangkan di pawagam, barangkali tayangannya hanya dijual dalam cakera DVD sahaja.
Tepuk dada tanya selera.
p/s: Bagi anda yang belum menonton Hantu Bonceng, segeralah ke pawagam dan nilaikanlah filem ini dari kaca mata dan fikiran anda sendiri. Jika anda tidak suka tak mengapa.. maknanya jika anda tonton, anda penyumbang kepada kekuatan kutipan filem ini supaya memperoleh RM 14 juta dalam sasaran 2 minggu di pawagam mengikut ketetapan Skim Wajib Tayang. Jika memperoleh untung maka ia akan bertahan lama di pawagam.. seterusnya menyusul pula ke dalam saluran Astro First..
Tahniah buat team Hantu Bonceng.. u guys memang superb!
akan datang.. ulasan Karipap Karipap Cinta.. tapi gue lom nonton lagi.. hihihi
0 Ulasan