Lesbian Cinema in Circumstance - Iran Gay Life

Sinema Iran cukup terkenal dengan karya berunsur kemanusiaan. Salah satu filem yang masih lekat di minda saya ialah Children Of Heaven, arahan sutradara terkenal, Majid Majidi. Filem yang memberi fokus kepada satu subjek iaitu kasut, diangkat sebagai filem Iran pertama yang tercalon di Academy Awards bagi kategori Best Foreign Language Film. Filem itu merupakan filem yang mempunyai plot penceritaan agak baik, dan ia dihasilkan pada tahun 1998.

2011, sinema Iran berkembang luas apabila kebanyakkan filem yang dihasilkan mereka berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Salah satu karya yang agak menarik untuk diperkatakan ialah 'Circumstance', sebuah karya arahan pengarah wanita Iran, Maryam Keshavarz. Filem yang mengupas persoalan feminis ini memberikan fokus kepada isu homoseksualiti yang agak taboo dalam masyarakat.

trailer

Persoalan gender dalam dunia realiti sememangnya tidak dapat lari dari kehidupan setiap manusia. Isu gay, lesbian dan cara hidup songsang sememangnya antara isu yang kerap kali dimainkan dalam setiap filem samada di Malaysia, Iran, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Ia umpama suatu isu yang melariskan sesebuah filem sehingga mencetuskan kontroversi - mengundang polimek dalam dunia politik.

Circumstance ; sebuah filem yang sarat dengan pelbagai mesej kini ditayangkan di seluruh negara, kecuali Malaysia. Jika ia ditayangkan di Malaysia, apakah LPF akan meluluskan filem ini?. Kalau tak lulus, barangkali sebab isu lesbian, yang dianggap sensitif dalam komuniti masyarakat muslim di Malaysia. Kalau lulus sekalipun, mungkin ia boleh dilihat dari perspektif yang berbeza.

Bagi saya, Circumstance ini sebuah filem yang mempunyai kekuatannya tersendiri. Ia perlu ditonton bagi semua peminat filem di seluruh dunia. Jikalau anda lebih suka bercakap mengenai filem yang ada elemen CGI, grafik, 3D atau seram, tapi saya lebih suka menonton karya seperti Circumstance ini, yang saya andaikan sebuah karya unik, menarik dan merupakan antara filem terbaik di Sundance Film Festival 2011.

p/s: Saya tak tahu apakah ia masuk pawagam Malaysia - kalau masuk tentulah GSC International Screen kan.. Hope dapat dimiliki dalam bentuk DVD atau ditayangkan di Sundance HD Channel Astro.. Saya dan Nizam Zakaria menantikan filem ini. Kan Nizam?. hehehe

Catat Ulasan

1 Ulasan