Gemilangnya FFM 24, 2011 - berkelip tanpa cahaya!

Walaupun esok malam merupakan Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke -24, 2011 yang akan diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, disusuli dengan Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke -24, di PICC Putrajaya, Malaysia (20 November 2011), namun segala info dan maklumat langsung tidak terkandung di dalam dua laman FFM24 iaitu Sinema Malaysia dan Laman Rasmi FFM24. Dua laman yang diwujudkan dengan tujuan hebahan maklumat dan info terkini FFM24, sepatutnya mempunyai pelbagai maklumat termasuk keratan akhbar FFM24, ruang galeri, video, pencalonan dan jadual acara - seolah-olah sepi tiada kata menandakan FFM24 hanya sekadar di mulut bukannya untuk dikongsi.

FFM24 merupakan kemuncak pada acara yang cukup berprestij bagi meraikan golongan karyawan filem di dalam industri filem tempatan. Pengumuman antara yang terbaik merupakan penantian yang cukup menyeksakan bagi golongan anak seni yang menyumbang idea dan kreativiti dalam dunia seni ciptaan mereka. Pengiktirafan dalam pelbagai kategori merupakan penghargaan yang wajar disambut baik oleh semua pihak, membuktikan industri seni dan filem tempatan antara industri berpendapatan tinggi. FFM 24, wajar menongkah arus menjadi antara festival kebanggaan karyawan dan anak seni tempatan, supaya ia kekal dan tidak pupus ditelan zaman.

Penjurian FFM24 wajar telus bagi menilai hasil karya anak seni tempatan tanpa ada rasa prejudis. Pencalonan seterusnya mencapai kemenangan, perlulah dibikin secara adil bukannya mengikut kata hati kerna yang hak pasti mendapat hasilnya, dan yang merindu akan menunggu dan terus menunggu. Tahun 2011, merupakan festival filem anjuran Gafim, kononnya gah - tanpa ada promosi hebat cuma banyak persengketaan berlaku, dan yang pasti kemuncaknya menjadi hebat lebih hebat dari Anugerah Skrin dan AIM 18. Apakah ia berani dan mampu direalisasikannya?. Tunggu dan lihat sajalah. Jika ia masih ditakuk lama, buang aje dalam tong sampah.

FFM24, pencalonannya hanya untuk karyawan berstatus warganegara Malaysia mengundang seribu persoalan di minda anak seni tempatan. Apakah mereka yang kreatif seperti Khabir Bhatia dan beberapa nama lain - tidak layak memasuki sebarang kategori di FFM24?. Lihat sajalah Top 5 FFM24 yang telah diumumkan baru-baru ini. Langsung tidak ada yang bukan warganegara! ye ke?. Jadi apakah mereka yang bertungkus lumus dalam industri filem Malaysia, dipandang sepi tanpa dihargai. Jawapannya tidak!. Jika mereka tidak layak dalam FFM24, kita masih ada beberapa lagi festival filem yang mengiktiraf kreativiti mereka. Jadi usah menuding jari kerana ini kelainan FFM 24 yang cuba ditampilkan Gafim bagi tahun 2011. Kau ada?!.

Kemuncak FFM24 akan dipancarkan secara langsung melalui Astro Prima dan RTM1 ( kenapa tak ada saluran HD yang menyiarkan Malam Anugerah FFM24 ini?. Bukan kah ASTRO yang menyiarkannya.. ala macam Maharaja Lawak.. kan itu ada saluran HD yang menyokong siarannya?) - jadi pihak ASTRO tolong lah jawab ye.. Apa yang menariknya FFM24 ini juga akan dipancarkan terus ke Singapura melalui Stesen TV Singapura yang membuat rakaman bagi siaran antarabangsa. so wow!.

Apa yang pasti, penganjuran FFM24 ini haruslah mengambil kira pelbagai aspek, termasuk promosi. Promosi yang berkesan melambangkan sesuatu majlis atau festival itu akan diadakan. FFM24 satu festival filem yang gah, hebat dan berprestij!. Jangan cemarinya..

Tepuk dada tanya selera.

p/s: Aku nak tanya korang yang handle FFM24 ni.. info dan maklumat tolonglah updated dalam web korang! kan lagi 2 jam nak Malam Anugerah FFM24 baru nak updated kan! aku pun terkejut tetibe ada yang bagitau esok launching FFM 24 ( ada anugerah kecil diumumkan) dan Ahad ni, 20 November 2011 adalah malam anugerah. cuba cer cite kat mak? cer cakap cer cakap!

Catat Ulasan

0 Ulasan