Malam Gemilang Cipta FFM24 2011 - Malam Gemilang Gafim!


Malam Gemilang Cipta FFM24, 2011 yang berlangsung semalam (16 November 2011) di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur boleh dikatakan Malam Gemilang Gafim 2011 kerana ia menobatkan Jurey Latiff sebagai Pengarah Harapan FFM24, 2011, melalui filem Libas. FFM24, 2011 dianggap Festival Filem Gafim 2011 setelah Pengerusinya memenangi salah satu anugerah di Malam Perlancaran Festival Filem Malaysia ke 24. Persoalannya, apakah relevan Jurey Latiff dinobatkan pada malam Gemilang Cipta FFM24, sedangkan FFM24 dianjurkan Gafim sendiri. Bukan menidakkan ketelusan pihak juri, tetapi sekiranya Libas berhak memenangi Pengarah Harapan, sepatutnya Jurey Latiff tidak boleh menjadi Pengerusi FFM24. Kalau tak, ini membuatkan segala keputusan FFM24 akan diragui sama sekali. Seterusnya mungkin Libas akan mengungguli Filem Terbaik 2011, barangkali.

Malam Perlancaran FFM24 2011 semalam dihoskan Linda Onn dan Halim Othman, serta turut dihadiri tetamu kehormat, Y.A.B Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Diumumkan senarai pemenang pada Malam Gemilang Cipta FFM24 yang telah berlangsung semalam.

KEPUTUSAN MALAM GEMILANG CIPTA FFM24, 2011

POSTER TERBAIK
Hikayat Merong Mahawangsa

KESAN VISUAL TERBAIK
Hikayat Merong Mahawangsa

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Mia Sara Nasuha - Sekali Lagi

PELAKON HARAPAN LELAKI TERBAIK
Sallehuddin Bakar - Hantu Bonceng

PELAKON HARAPAN WANITA TERBAIK
Nadiya Nissa - Filem Cun

LAGU TEMA ASAL TERBAIK
Sedetik Lebih - Edry Abdul Halim
Runut Bunyi Hikayat Merong Mahawangsa

PENGARAH HARAPAN TERBAIK
Jurey Latiff Rosli - Libas

FILEM PENDEK TERBAIK
The Other One - Ng Ken Kin

FILEM ANIMASI TERBAIK
Altitute Alto - Mushroom Head ( Multimedia University)

FILEM CEREKA BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK
Great Day - Woo Hoo Pictures Sdn Bhd

p/s: Sebaik saja nama Jurey Latiff diumumkan sebagai pemenang Pengarah Harapan Terbaik, produser kontroversi ... dalam botol, Raja Azmi bangun dan meninggalkan majlis (kelihatan tak puas hati).. sabor je lah..

*Lagi berita menarik dan sensasi akan datang*

Catat Ulasan

1 Ulasan

PerangFilem berkata…
memang patut pun..