Raja Azmi bengang dengan Festival Filem Malaysia ke 24, 2011!


Festival Filem Kelakar.

Produser filem kontroversi ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman menyifatkan penganjuran Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24 2011) yang dianjurkan GAFIM sebagai Pesta Filem Kelakar dan Syok Sendiri. Ini berikutan kegagalan ...dalam botol merangkul sebarang anugerah di Malam Gemilang Gafim yang diadakan baru-baru ini di Panggung Anniversary, Lake Garden, Kuala Lumpur. Filem arahan Khir Rahman merupakan karya yang mencetuskan polimek dalam industri filem tempatan kerana isu gender dan homoseksual. Namun, kegagalan Khir Rahman kepada Jurey Latiff melalui kategori Pengarah Harapan Terbaik membuktikan Festival Filem Malaysia ke 24 sebagai Pesta Filem 24 Tahun Gafim. Ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (sms), Raja Azmi masih kecewa dengan kualiti penjurian FFM24 yang digambarkan satu festival yang masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Jikalau tidak, kenapa setiap pencalonan top 5 dalam FFM24 seolah-olah berat sebelah, sehingga menobatkan pengerusi FFM24 sebagai Pengarah Harapan Terbaik FFM24, 2011.

Pengarah Harapan dan Kualiti Filem Tempatan

'Pengarah Harapan' yang dipilih di dalam sesebuah festival filem misalnya Festival Filem Malaysia ke 24 ( festival filem antarabangsa ada tak kategori pengarah harapan?) merupakan salah satu anugerah yang menilai kredibiliti seseorang pengarah filem yang menghasilkan sebuah karya bermutu tinggi. Kualiti karya yang ditampilkan mestilah sebuah naskhah yang merangsang pemikiran dan lari dari kebiasaan atau luar kotak. Kemenangan seorang pengarah harapan bermakna filem yang diarahkannya merupakan filem yang boleh diangkat sebagai filem terbaik. Walaupun ia tidak dinobatkan sebagai filem terbaik sekalipun, ini bermakna karya yang dihasilkan memberi impak dan makna kepada penonton tempatan. Dalam persoalan ini, filem ...dalam botol arahan Khir Rahman layak memenangi Pengarah Harapan. Bukan sebab isu atau kontroversi yang ditampilkan Raja Azmi, tetapi corak pengarahan Khir Rahman yang menggunakan sub-plot yang mewujudkan plot penceritaan lantas menggunakan elemen mis-on-scene dan bahasa filem dalam karya arahannya membuktikan ...dalam botol sentuhan Khir Rahman cukup berbeza dengan filem-filem komersial arahan pengarah filem box office tempatan. Walaupun tewas di festival filem sendiri (FFM24), ...dalam botol kemungkinan besar mencipta nama di arena filem antarabangsa sepertimana yang dibuktikan pengarah kreatif, Allahyarham Yasmin Ahmad melalui filem-filem arahannya.

Raja Azmi dan Kontroversi FFM24

Tindakan Raja Azmi yang berselisih dengan Jurey Latiff sebaik saja diumumkan Pengarah Harapan Terbaik FFM24 membuktikan FFM24 sebagai pesta filem yang sudah hilang arah tujunya. Raja Azmi menjerit 'kelakar kelakar kelakar.. apa ni.. Presiden pun boleh menang!', dan terus meninggalkan majlis, merupakan tindakan berani Raja Azmi yang mencabar maruah FFM24 dihadapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ramai beranggapan perlakuan Raja Azmi seolah-olah tidak menghormati majlis, tetapi bagi mereka yang faham tentang struktur dan bahasa filem, Libas langsung tidak layak diberikan status Pengarah Harapan Terbaik FFM24. Ia seolah-olah satu 'kipas' juri terhadap presidennya. Dalam perkara ini, Raja Azmi akan memberikan penjelasan lanjut kenapa beliau berbuat demikian pada Malam Gemilang Cipta FFM24 dalam satu kenyataan akhbar esok.

Festival Filem Malaysia perlu tukar juri!

Rata-rata pengkritik filem tempatan termasuk, Hassan Muthalib menyelar kualiti penjurian FFM24, yang tidak berubah statusnya dari setahun ke setahun. Penjurian sesebuah festival filem, perlu dinilai oleh mereka yang benar-benar faham terhadap sesebuah kandungan dan konteks pemikiran dalam sesebuah filem. Jika juri memilih filem yang akan menang berdasarkan 'filem yang dia suka', bukan 'kerana bahasa filem atau konteks pemikiran', maka penganjuran Festival Filem Malaysia pada setiap tahun di anggap satu pesta filem yang tiada taraf dan syok sendiri. Bukan mempersoalkan kredibiliti seseorang juri yang khabarnya dikalangan mereka yang cerdik pandai, tapi 'biarlah keputusan sesebuah kategori itu tidak berpihak kepada mana-mana individu yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah organisasi atau pentadbiran', jika tidak FFM24 akan dianggap sebuah festival biasa dan bukan bertaraf antarabangsa.. Jika Kuiz Milo dan Susu Cap Junjung sekalipun tidak membenarkan ahli keluarga, sanak saudara dan staf mereka menyertai kuiz tersebut , maka kemenangan akan lebih adil. kalau tidak ia menjadi seperti pesta filem susu 24 tahun untuk anak-anak yang berusia 24 tahun ke atas. Bukankah namanya tidak telus!.

Malam Gemilang Perdana FFM24

Walaupun keputusan penuh FFM24 belum melabuhkan tirainya, namun 20hb November 2011 merupakan tarikh keramat yang akan dinantikan ramai karyawan, penggiat filem dan produser filem tempatan bagi menunggu filem dan lakon layar manakah dianggap karya terbaik bagi tahun ke 24, Pesta Filem Malaysia. Segala keputusan biarlah telus dan tidak berpihak atas nama kepentingan, jika tidak FFM24 akan dikenali sebagai Malam Gemilang Perdana Gafim 2011, yang tentunya tahun terakhir penganjuran FFM24 dalam industri filem tempatan.

Tepuk dada, tanya akal, tanya minda..
Anda pasti tahu jawapannya..
Wallahuallam.

p/s: Jom sertai Kuiz Milo dan Susu Cap Junjung anjuran Mr Sabor Je Lah Azwan Annuar.. hehe. sebab ia lebih telus bukan kroni. sabor je lah.. hehehe

MALAM GEMILANG PERDANA FFM24 2011
20 NOV 2011
NANTIKAN KEMUNCAKNYA

Catat Ulasan

0 Ulasan