TIADA TAPISAN FILEM PADA 2012!

  • Mulai tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan itu diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem.
  • Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak dalam industri perfileman.
  • Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.
  • Beliau berkata, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa tapisan.

Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.

"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.

"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan.

p/s: Apakah komen dan pandangan beberapa pembikin filem, produser dan pengarah filem diluar sana?. Tapi ingat, jangan mengambil ini sebagai peluang untuk anda memaparkan pelbagai adegan melampaui batas. Tepuk dada tanya selera..

Catat Ulasan

3 Ulasan

vendoline berkata…
giler la tak tapis dh..biar betul
Amy Ikram berkata…
Bagaimana dgn kemasukan filem dr luar negara pulak?. Klau ada adegan bogel, seks dan ranjang?. Tak de kawalan ke?. Abis la nanti aku buat comolot.. Huhu
iDhazwan berkata…
Uiyoooo. Biar betol.. Hihihi