SELAMAT TAHUN BARU 2012 .. 5 FILEM TEMPATAN SEPANJANG JANUARI 2012


Assalamualaikum.. Salam Semua..

Terlebih dahulu AMY ingin mengucapkan Salam Tahun Baru 2012 khususnya buat semua pembaca setia blog ini. Hari ini, 1 Januari 2012, genap 6 tahun blog ini beroperasi. Terima kasih khususnya kepada semua rakan blogger, teman industri dan rakan pembaca setia yang tidak jemu memberikan sebarang komen sehingga blog AMY ini kekal menjadi blog yang diterima ramai. Alhamdulillah. Untuk makluman anda, AMY menulis blog ini sejak tahun 2007 dan kebanyakkan artikel AMY adalah berkaitan filem, dengan merujuk kepada filem-filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Kini, blog AMY lebih fokus kepada ulasan / kritikan tentang filem-filem yang ditayangkan di pawagam, gossip dan berita dunia hiburan tempatan sehinggalah kepada diari peribadi atau catitan menarik untuk dikongsi khususnya buat semua pembaca setia.
2012, tahun menarik yang mungkin akan dijadikan tahun rezeki khususnya buat anda yang tidak jemu berusaha keras untuk mencari wang ringgit demi sebuah keluarga yang amat dicintai. Bagi AMY, AMY berazam untuk tahun ini agar lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, di mana AMY mengharapkan agar sinema kita terus berkembang menjadi sebuah industri kreatif yang berpendapatan tinggi. Untuk diri AMY, AMY ingin menghasilkan sebuah filem kerana cita-cita sejak belajar dahulu adalah 'film director'.. Insya-allah.

Bagi anda peminat filem tempatan, Januari 2012 menghidangkan 5 buah filem yang bakal menemui penonton. 'Sesuatu yang tertinggal', arahan Asrul Hisyam yang membariskan Zahiril Adzim, Sara Ali, Shera Ayob dan Eina akan menemui anda pada 5 Januari 2012.

TRAILER SESUATU YANG TERTINGGAL


'Relationship Status', arahan Khairil M.Bahar yang akan menemui penonton pada 5 Januari 2012 hanya di TGV Cinemas terpilih (KLCC, SUNWAY PYRAMID, TEBRAU CITY, JB, 1ST AVENEU PENANG, & KINTA CITY IPOH merupakan sebuah karya yang amat bermakna. Ia mengupas persoalan dan sisi hidup teknologi digital yang mengubah kehidupan seseorang manusia. Dibarisi Gavin Yap, Davina Goh, Baki Zainal, Tony Eusoff, Daphne IKing, Ruzana Ibrahim, Alfred Loh, Shuba Jay, Benji Lim, Amanda Ang, Adeline Goh & Susan Lankesten filem wajib ditonton Januari 2012. Jadual tayangan sila layari TGV CINEMAS online.

TRAILER RELATIONSHIP STATUS


'Keramat', arahan dan lakon layar Azhari Mohd Zain yang diterbitkan MiG Films, lakonan Zul Handy Black, Rebecca Nur Islam, Mon Ryanti, Adey Syafrien, Putri Mardiana dan Diana Amir ini akan menghantui anda mulai 12 Januari 2012.

TRAILER KERAMAT

'Bujang Terlajak' sebuah filem komedi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen ini akan menemui penonton mulai 19 Januari 2012. Filem yang diterajui Saiful Apek, Johan dan Nabil Raja Lawak, Fazura, Mustapha Kamal serta Ebby Yus ini merupakan sebuah filem yang diterbitkan oleh produksi Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd. Peminat genre komedi, jangan lepaskan peluang anda mulai 19 Januari 2012.

TRAILER BUJANG TERLAJAK

'Sumpahan Kum Kum', sebuah karya seram arahan dan lakon layar Ismail Bob Hashim yang dibarisi Feroz, Putri Mardiana, Lydiawati, Echa, Maimon Mutalib, Kaazar dan Abdul Razak Ahmad ini akan menghantui sinema tempatan mulai 26 Januari 2012. Filem yang diterbitkan oleh MiG ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan drama 'Kum Kum' di Astro Ria. Kepada anda yang suka takutkan diri tu dengan karya-karya seram, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini dipawagam kelak.

TRAILER SUMPAHAN KUM KUM

Pastikan anda menonton dipawagam, juga dirumah anda .. ASTRO FIRST (jika pawagam dah tayang) hehhee..

p/s: HAPPY NEW YEAR 2012.. SMILE ALWAYS..

Catat Ulasan

0 Ulasan