'SEDAP TAPI KURANG RENCAHNYA' - JANGAN PANDANG PANDANG..


'Kisah penggembaraan penuh misteri, terperangkap dalam sebuah hutan, bertemu dengan makhluk yang cukup menakutkan, dan misteri terbongkar', merupakan intipati menarik dalam sesebuah cerita. Paparan ini cuba divisualkan dalam JANGAN PANDANG PANDANG, sebuah naskhah arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Ditulis skripnya oleh Meor Shariman, 'Jangan Pandang-Pandang' merupakan sebuah komedi seram yang agak menghiburkan tetapi kurang perencahnya. Filem terbitan Excellent Pictures ini akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 29 Mac 2012. Mengambil pendekatan dari kejayaan filem Hantu Bonceng, Jangan Pandang Pandang menampilkan Zizan Razak, Nas T, Sara Ali, Miera Liyana dan ramai lagi.

Jangan Pandang Pandang menarik dari tajuk dan trailernya, tetapi bukan pada isi kandungan filem ini. Jika dilihat pada keseluruhannya, filem ini banyak bermain dengan elemen komedi ; itu memang berjaya dan menghiburkan (penonton akan gembira, ketawa dan suka) - ia suatu bonus dalam sesebuah filem jika mendapat respond baik dari penontonnya. Namun, setiap penerimaan pasti ada penolakannya. Dalam filem ini, Ahmad Idham cuba sekali lagi bermain dengan isu agama, iaitu muzik berkumandang menyanyikan lagu Wassini dari Waheeda semasa salah seorang watak dirasuk. Dengan muzik yang memaparkan kalimah Allah dari telefon bimbit, watak yang dirasuk itu kembali pulih seperti sediakala. Adakah Ahmad Idham ingin memberitahu khalayak bahawa 'irama nasyid sebenarnya penenang jiwa dan menentang kejahatan melalui kalimah yang memuji kebesaran illahi?'. Mungkin Ahmad Idham ada jawapannya tersendiri kenapa 'seringkali' menggunakan kalimah Allah dalam sesuatu babak?. Apakah ia satu kesalahan dari sudut agama atau boleh menimbulkan sensitiviti masyarakat?. Fikirkan sejenak.

Jika dibandingkan antara 'Hantu Bonceng' dan 'Jangan Pandang Pandang', sejujurnya dikatakan bahawa perjalanan cerita dalam 'Hantu Bonceng' lebih teliti dari 'Jangan Pandang Pandang'. Walaupun ada yang menyukai filem ini, tetapi kurang bagi saya. Bukan mengatakan 'ia tidak bagus' atau 'sampah' atau 'filem biasa jalan ceritanya', tetapi ia kurang 'umphh'. 'Kurang Umpph' bukan bermakna saya 'benci' filem ini atau 'menyalahkan Idham 100%', tetapi saya kurang puas dari sudut ceritanya, lakonan para pelakonnya dan olahannya. Seandainya watak Taiyuddin Bakar diselit masuk ke watak utama, barangkali ia akan menjadi 'penyelamat' Jangan Pandang Pandang.

Sesuai ditonton seisi keluarga, 'Jangan Pandang-Pandang' sebuah filem agak ringan, santai dan menghiburkan. Bagi anda peminat genre 'seram komedi', jangan lupa menonton.. Lepas tu boleh komen di sini (pendapat anda pula).


HANYA DI PAWAGAM.. BUKAN DI RUMAH ANDA
'JANGAN PANDANG PANDANG'
sebuah filem AHMAD IDHAM

Catat Ulasan

1 Ulasan

KakiWayang.com berkata…
Rencah filem ini menjadikan filem ini kurang menarik. Lawak zizan sahaja yang jadi penyelamat. Apa-apa pun, best review anda!

Jom baca pula review kami untuk filem ini : Jangan Pandang-pandang