by Admin
Terletak di daerah Bandung Utara, Indonesia, dengan bertemakan 'alam dan bumi', 'Imah Seniman Resort' sememangnya tempat percutian yang cukup mendamaikan. Sambil menikmati deruan air dari gunung, mendengar bisikan dedaun bumi serta kicauan unggas dan burung penghuni alam, percutian anda diibaratkan sebagai 'menginap di tengah-tengah hutan'.
Dengan keluasan 15 Hektar diselubungi hutan tropika, dan jauh dari kesibukan bandar Jakarta (hanya 3 jam dari Kota Jakarta), Imah Seniman Resort, Bandung antara tempat penginapan yang pastinya tidak dapat anda lupakan. Mempunyai 19 kamar beradu dengan 2 pakej penginapan - Villa dan Resort, para pelanggan pasti membayangkan berada dalam set penggambaran filem-filem Indonesia, barangkali khususnya buat tetamu dari luar Indonesia.
Jika anda menginginkan suasana tanpa gangguan, menenangkan fikiran dari kesibukan di kantor, apa kata jadikan Imah Seniman Resort antara tempat yang wajib anda kunjungi untuk percutian pada tahun 2012 ini.
Sebagai persediaan, kami sajikan beberapa foto menarik di Imah Seniman Resort, Bandung, Indonesia untuk tatapan pembaca dan penggemar blog ini.
Sebarang maklumat lanjut, sila klik di sini.
p/s: wow! cantik sungguh tempatnya. Nampaknya, ini tempat yang wajib saya kunjungi tahun ni.. I loved it this place.. jom ke sana
0 Ulasan