TITANIC 3D SELEPAS DIGILAI PEMINAT.. ADAKAH OMBAK RINDU AKAN TURUT SERTA?

Pertama kali menemui penonton pada 1 November 1997 hingga digilai peminat filem serata pelusuk dunia, 'Titanic' ditangan James Cameron adalah sebuah naskhah terulung dan unik di mata penggemarnya. Memenangi 11 anugerah perdana di 70th Academy Awards 1997 melalui Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Kostum Terbaik, Visual Efek Terbaik, Best Music & Dramatic Score, Music & Lagu Terbaik, Suntingan Terbaik, Pengarah Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Efek Terbaik, berjaya meletakkan 'Titanic' antara judul filem wajib tonton ketika itu.

Selepas 16 tahun, 'Titanic' kembali lagi menggegarkan sinema dunia apabila diformatkan dalam bentuk 3D buat tayangannya di seluruh dunia pada 2012. Bukan itu sahaja, filem arahan James Cameron yang diterbitkan Paramount Pictures itu juga ditayangkan dalam format 2D, Real 3D dan Imax 3D (hanya dipawagam terpilih luar negara) bukannya Malaysia. Jika ditayangkan dalam format IMAX 3D di sini, barangkali filem ini akan memasuki pawagam TGV Cinemas iaitu di TGV Sunway Pyramid.

Filem yang diadaptasikan dari sebuah kisah benar kapal Titanic pada 1912, merupakan filem pecah panggung di Malaysia pada 2012, kerana rata-rata pawagam SOLD OUT!.

TITANIC trailer 1997

TITANIC 3D trailer 2012

Apabila berbicara mengenai TITANIC yang diformatkan dalam bentuk 3D selepas 16 tahun menemui penonton pada 1997, namun jika di Malaysia, apakah filem tempatan kita akan mengikut jejak langkah sama selepas 16 tahun?. OMBAK RINDU antara filem Malaysia yang mendapat sambutan hangat peminat filem tempatan apabila berjaya mengutip pulangan melebihi angka 9 juta ringgit. Apakah filem ini akan dihasilkan dalam bentuk 3D selepas 16 tahun iaitu pada 2026?

Tepuk dada tanya selera!.

Catat Ulasan

0 Ulasan