IMAN BUKAN ANAK IKAN

'Semua cakap aku 'anak ikan'.. Pergi mana aje.. ramai mata tak kira mak mak ayam, lelaki lelaki bernafsu songsang, mak mak datin, dan 'pak cik tua juga tak terkecuali' memandang aku.. Bila aku baik aje dengan seorang lelaki lembut nie, mulalah ada yang cakap aku dibela, dibelai dan dijaga oleh golongan ini. Aku pun tak faham, apa masalah diorang nie. Aku sedar aku kacak, ada sixpack, dan cukup pakej la.. tapi korang kena ingat, tak semestinya aku baik dengan seseorang yang lain dari sifat aku.. korang boleh katakan aku 'anak ikan dia'.. Aku datang ke sini pun sebab bapak aku suruh cari pewaris kepada khazanah seni ni.. walaupun mak aku larang aku cari mamat lembut nie.. tapi aku bertekad.. aku tahu sejarah silam bapak aku.. tapi itu fitnah.. kalau bapak aku songsang.. tak mungkin bapak aku boleh romen mak aku.. mungkin bapak aku ada dua nafsu kot!', keluh Iman dihadapan mac book airnya sambil menyiapkan novel 'Lembut Bukan Pondan' untuk terbitan sebuah syarikat gergasi nie.

Iman, 22 tahun; jejaka idaman ramai anak-anak gadis belasan tahun di Kolej Perindu. Kemana aje kelibat Iman kelihatan, disitu pasti Rokiah setia menunggu. Rokiah, anak Tuan Haji Endut, Tok Imam Besar di Kampung Iman. Rokiah gadis cantik berusia 25 tahun, bermulut celupar, seksi, tidak bertudung walaupun bapanya Tok Haji, sangat meminati Iman kerana wajah Iman seperti 'anak-anak kecil' yang boleh dibelai dan dicium. Suatu hari, ketika ramai pelajar sibuk di padang bagi kelas Jasmani Kesihatan, Rokiah pasti mengintip Iman dilokernya. Mata Rokiah tertumpu pada bentuk badan Iman yang agak seksi dan mantap. Rokiah menggertap bibirnya.

Ketika Rokiah mengintai di saat Iman melondehkan seluarnya, ketika itu jugalah Cikgu Jaafar menerjah ke arahnya. Cikgu Jaafar, cikgu yang mengajar subjek seni lukis adalah cikgu paling lembut dikolejnya. Rokiah menggelarkan Cikgu Jaafar 'Mak Ayam Sotong'.. kerana lenggok badan Cikgu Jaafar mengalahkan Primadona Nazrul, Ratu Cabaret yang popular dengan paper doll shownya. Rokiah kelam kabut ketika disoal Cikgu Jaafar. Pada saat itulah, nampak Iman keluar dari lokernya tidak berbaju menjeling ke arah Rokiah yang menjelirkan lidahnya ke arah Iman, sesekali menundukkan wajahnya memandang Cikgu Jaafar.

'kamu buat apa kat sini?. Anak dara macam kamu tak elok kat loker lelaki', kata Cikgu Jaafar memandang Rokiah. Rokiah tersenyum, seolah-olah tak bersalah sesekali menjawab 'orang nak tunjuk.. kite tengok je lah.. cikgu ni kenape?. taste ke?', jawab Rokiah tepat ke anak mata Cikgu Jaafar. Rokiah dengan gaya seorang ratu melambaikan tangan ke arah Cikgu Jaafar lalu bergerak meninggalkannya terpinga-pinga..

Azan maghrib berkumandang nyaring, Iman membasuhkan wajahnya dengan air paip di surau berdekatan rumahnya. Iman berdoa habis wuduk. Dari jauh nampak Rokiah memakai tudung memandang Iman lalu tersenyum. Selesai solat Maghrib, Iman melangkah keluar dari surau. Diluar surau, ketika itu jugalah Rokiah buat-buat terlanggar Iman. Iman dan Rokiah terjatuh dan mereka berpelukan...

sambung.....

p/s: hehhee. Nantikannya akan datang... tunggu aje.. huhuhu

Catat Ulasan

1 Ulasan

Je berkata…
tak sabar nak menantikan sambungannya!
menarik!