'JALAN KEMBALI BOHSIA 2 ' - SATU CERITA YANG SIMPLE

Aku cukup tertekan kalau adegan 'rempit dan berlumba motor', dijadikan tunjang utama dalam penceritaan bagi sesebuah filem. Bagi mereka terutamanya golongan remaja barangkali menyukai genre filem sebegini, tetapi sekiranya dilihat dalam pembangunan naskhah cerita, 'Jalan Kembali Bohsia 2', boleh dikatakan sebuah cerita yang agak klise.

Dilayarkan oleh Syamsul Yusof, 'Jalan Kembali Bohsia 2', merupakan sebuah filem aksi yang sarat dengan isu 'sosial' yang mewakili kehidupan anak-anak muda sekitar Kuala Lumpur. 'Bohsia dan Bohjan', antara dua imej yang disatukan dalam satu cerita menerusi filem ini. Ia sebuah naskhah 'remaja' yang agak kritikal dan tidak sesuai ditonton oleh mereka yang bawah umur 13 tahun.

Filem ini dibuka dengan visual Amy (lakonan Salina Saibi) di sebuah rumah pengasih. Di sini Amy ditempatkan atas kesilapan membunuh bapanya ( scene pembunuhan boleh dilihat dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam). Amy dibuli oleh Kak Rocky (lakonan Mak Jah - aku rasa nak terajang je Mak Jah nie.. sebab watak dia buat aku benci sanggup toron puki si Amy ni). Kemudian filem ini bergerak kepada scene 'rempit' dan seterusnya bermulalah kisah tragis dalam 'Jalan Kembali Bohsia 2'. (Rasanya tak perlulah aku cerita detail story filem ini, korang boleh tengok sendiri ye).

Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan dalam filem ini. Cuma, apa yang aku boleh simpulkan ialah watak Keding (lakonan Soffi Jikan) sangat menyerlah antara watak-watak yang ada dalam filem ini. Di antara scene yang sangat menyentuh perasaan ialah di mana ketika Keding menendang seorang ustaz di hadapan sebuah masjid (kala suara azan maghrib kedengaran).. Sangat kontroversi tetapi aku percaya manusia macam tue memang ada.. Tak tau agama.. yang akhirnya dia (Keding) mati dijalan raya.. (balasan tuhan).

'Jalan Kembali Bohsia 2' sarat dengan mesej keinsafan ( mewakili watak lakonan Salina Saibi dan Serina Redzuwan) yang kini hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Khabarnya filem ini sudah mencecah kutipan RM 2.5 juta dalam 2 hari tayangan bermula 7 Jun 2012. Bagi anda yang belum menonton.. boleh menonton filem ini ( enjoy dan menghiburkan).. Tetapi sekiranya anda datang mencari-cari sudut bahasa filem dan naratifnya, baik lupakanlah kerana 'Jalan Kembali Bohsia 2' sebuah filem yang dibikin untuk mengutip untung berjuta-juta..


Selamat menonton di hujung minggu..

amy's said: story filem ni simple.. jadi review pun simple.. ye lah.. hehe

BOHSIA KINI MEMANCUT DI PAWAGAM

Catat Ulasan

0 Ulasan