PETA 2012 - TAYANGAN FILEM-FILEM PENDEK.. JOM MERIAHKANNYA

Bertemakan 'Inspirasi Karyawan Muda', Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) akan mengadakan Penilaian Tahun Akhir (PeTA) 2012. Program yang diadakan setiap tahun menjurus kepada 'penilaian secara fizikal atas produk kreativiti pelajar dalam bidang pengkhususan masing-masing. Ini penting bagi melahirkan insan seni berkualiti, mempunyai jati diri dan berani mengetengahkan sesuatu isu dalam produk masing-masing'.

Mempunyai 5 bidang pengkhususan seperti 'Seni Tari, Seni Halus, Seni Muzik, Seni Teater dan Filem', Penilaian Tahun Akhir (PeTA 2012), mengalu-alukan kedatangan anda semua peminat seni untuk sama-sama menyaksikan produk yang julung-julung kali dipersembahkan secara eklusif.

17 Jun 2012, adalah detik yang cukup bersejarah buat pelajar Fakulti Seni Filem & Video Aswara di mana produk filem dan video mereka akan ditayangkan kepada penonton. Sebanyak 15 buah filem pendek akan ditayangkan secara bergilir-gilir mengikut kategori iaitu Ijazah dan Diploma. Selepas produk mereka dinilai oleh panel juri yang bertauliah, maka bermulah episod bersejarah mereka sebagai seorang 'karyawan seni'.

Sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk dibuat esok petang dan malam ( 17 Jun 2012), bolehlah sama-sama serbu Dewan Kuliah Utama, Aswara bermula 2.30 - 5.30 petang ( Ijazah Session) dan 8.00 - 11.00 malam ( Diploma Session). Masuk adalah percuma.

amy's said: PETA ini lah yang melahirkan naskhah 'comolot' aku yang telah mencetuskan kontroversi.. jommm kita serbu esok di Aswara..

Catat Ulasan

0 Ulasan