KERETA 'MAEL LAMBONG' DIBUKA UNTUK BIDAAN. ADA BRANN?


Peminat filem 'Mael Lambong', mungkin boleh tersenyum bangga apabila penerbit dan pengarah filem tersebut, Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuka bidaan terhadap kereta yang digunakan oleh watak 'Mael Lambong' dengan harga permulaan sebanyak RM 5,000.00 ( Lima Ribu Ringgit Malaysia Sahaja).

Kejutan yang diumumkan penerbit Excellent Pictures Sdn Bhd dalam slot Ceria Pagi di Suria FM pada 3 Julai 2012 itu, mengundang respond positif dari peminat kenderaan dan peminat filem tempatan. Dengan kapasiti enjin 2500 cc berjenama Toyota Soarder E MZ II , Ahmad Idham dalam satu kenyataan akhbar mengatakan,'Ini merupakan satu penghargaan kepada peminat-peminat Mael Lambong di seluruh negara, kerana harga yang ditawarkan dengan spesifikasi seperti ini lebih murah dari harga pasaran'. Tambahnya lagi ,'Ianya juga membolehkan pemilik kereta itu, merasai sebahagian dari sejarah Mael Lambong ; sebuah filem yang cukup dekat dengan hati penonton tempatan', kata Ahmad Idham ketika ditemui di Suria FM baru-baru ini.


Bagi pembida tertinggi, satu majlis penyerahan kereta tersebut oleh pelakon-pelakon Mael Lambong akan diadakan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak. Untuk membida kereta Mael Lambong ini, mereka yang berminat diminta untuk melihat syarat bidaan (klik sini 1, klik sini 2) . Mereka juga boleh mengikuti perkembangan di twitter Excellent Pictures, iaitu @ExcellentPic_My atau hubungi 03 6201 5971.

Dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Ahmad Idham juga berkata, sebahagian dari wang bidaan ini, akan disalurkan ke rumah bantuan kanak-kanak kurang bernasib baik di sekitar Lembah Kelang. Filem 'Mael Lambong', lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana, kini sedang ditayangkan di 79 panggung seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, dengan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.


Sehingga kini, kutipan keseluruhan Mael Lambong mencecah hampir RM 5 juta ringgit untuk tempoh 11 hari tayangan, dengan setengah juta penonton - 500,000 orang penonton telah melambungkan Mael Lambong di pawagam. Hanya ditayangkan di TGV Cinemas, GSC Cinemas, MBO Cinemas, LFS Cinemas, BiG Cinemas dan lain-lain, Mael Lambong tidak akan ditayangkan di televisyen juga Astro First dan Youtube.

Sebarang pertanyaan berhubung bidaan kereta Mael Lambong ini, anda boleh menghubungi Excellent Pictures di talian 03 6201 5971.

amy's said: Jom kita serbu kereta ini okay!.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Outbound di malang berkata…
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !