KOMPOSER TERKENAL, DATUK ADNAN ABU HASSAN MENINGGAL DUNIA

Komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang , Selangor. Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi( ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, kegagalan buah pinggang, diabetes dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Allhahyarham telah disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang pada jumaat ( 18 Mac ). Dalam industri perfileman, Allahyarham merupakan pemenang skor muzik untuk filem Rahsia dan Ali Setan. Selain mencipta skor untuk filem Anak Sarawak, Matinya Seorang Patriot, Ujang dan lain lain. 


Di samping itu, Allahyarham merupakan seorang komposer hebat beberapa penyanyi tanah air antaranya Dato' Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Azlina Aziz dan sebagainya. Semoga roh Allahyarham terus dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

by: Admin.

Catat Ulasan

0 Ulasan