'SYURGA YANG TAK DI RINDUKAN 2' BAKAL CETUS FENOMENA DI MALAYSIA



Diterbitkan produksi MD Pictures yang diarahkan oleh Hanung Bramatyo, 'Surga Yang Tak Dirindukan 2' bakal menemui peminat dan penonton filem di Malaysia, bermula 16 Februari 2017. Menampilkan Fedil Nuril, Reza Rahadian, Raline Shah, Laudya Cynthia Bella, Nora Danish, Sandrinna Michelle Skornicki, Keefe Bazli Ardiansyah dan ramai lagi, Filem yang diadaptasikan dari sebuah novel terlaris tulisan Asma Nadia di mana skripnya oleh Alim Sudio, Manoj Punjabi dan Hanung Bramatyo ini merupakan kesinambungan cerita dari siri pertama 'Surga Yang Tak Dirindukan' arahan Kuntz Agus

Walaupun tidak ditayangkan di pawagam Malaysia bagi siri pertama filem ini telahpun ditayangkan di enam (6) saluran tv berbayar Astro antaranya Astro Ria, Prima, Citra, Mustika, Maya dan Oasis serta di platform Astro Gempak sejak awal Februari 2017. Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Bahagian Melayu  Astro dalam satu kenyataan media berkata, 'Filem SYTD2 - Surga Yang Tak Di Rindukan 2 ' ini adalah sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang bagus dan sesuai untuk ditonton oleh masyarakat tempatan. "Melihat kepada sambutan hangat SYTD2 di Indonesia ketika ini serta respon positif penonton Malaysia sejurus menyaksikan filem pertamanya, kami yakin filem ini bakal membuat penonton berasa teruja untuk mengikuti kisah seterusnya. Dengan sokongan promosi yang meluas, kami berharap ia mampu mencipta fenomena yang sukses di sini".







Nora Danish, pelakon yang muncul dalam filem SYTD2 ini boleh dikatakan cukup bertuah kerana produksi filem ini antara penerbit filem tersohor di Indonesia seperti Ayat Ayat Cinta, Habibie & Ainun, Rudy Habibie, Talak 3, dan Di Bawah Lindungan Kaabah, menjadikan beliau antara pelakon Malaysia yang dipilih produksi Indonesia untuk mengembangkan kerjaya lakonannya di bumi tersebut.Ketika ditemui media selepas sesi Tayangan Perdana filem tersebut di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2017, Nora Danish yang memegang watak sebagai Sheila dalam filem SYTD2 itu melahirkan rasa teruja kerana dapat beraksi bersama-sama pelakon Indonesia dalam sebuah filem hebat yang tentunya dinantikan peminat dan penonton di kedua-dua buah negara. "Surga Yang Tak Di Rindukan 2 ini adalah karya Indonesia yang membawa saya berada dalam kelompok industri mereka. Ini satu penghargaan buat industri kita (Malaysia) juga kerana kita dipercayai produksi mereka. Alhamdulillah  saya berasa amat gembira dan ini mungkin percubaan saya untuk menerokai industri dan karya mereka, mana tahu saya berpeluang lagi berlakon dalam filem seperti ini di Indonesia selepas SYTD2', ujar Nora Danish teruja menantikan sambutan peminat di Malaysia kelak apabila filem ini ditayangkan bermula 16 Februari 2017.

Mengisahkan tentang Meirose (Raline Shah) yang membawa diri bersama-sama anaknya, Akhbar (Keefe) selepas mengetahui Arini (Bella) sangat menyintai Pras (Fedi). Meirose tarpaksa akur walaupun Arini mengizinkan Pras menjalani kehidupan secara poligami, namun atas rasa amat menghargai wanita tersebut, Meirose berhijrah ke Budapest, Hungaria untuk mencari kehidupan baru. Setelah bertahun lamanya, mereka bertiga bertemu sekali lagi di  Hungaria di mana Pras terpaksa membuat pilihan antara menceraikan Meirose atau sebaliknya. Arini  yang merahsiakan penyakit kronik yang dihadapinya cuba menyatukan jiwa yang terpisah antara suaminya, Pras dengan Meirose, madunya. Namun kemunculan Doktor Syarief lakonan Reza Rahadian pula menimbulkan tanda tanya, siapakah surga sebenar yang diidamkan walaupun Meirose cuba melupai sejarah silamnya  yang berbekas dijiwa, namun ada satu perkara terjadi.




Apakah yang berlaku sebenarnya?. Apakah yang terjadi pada Meirose, Arini dan Pras?. Siapakah doktor misteri tersebut?. Semuanya bakal terjawab dalam 'Surga Yang Tak Di Rindukan 2' di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Februari 2017.

Info Hiburan:
**Untuk Pasaran di Malaysia, filem ini bakal diedarkan oleh Antenna Entertainments manakala Astro akan melakukan pemasaran.**
#SYTD2


Artikel ini diterbitkan pada 15 Februari 2017, 2.00 pagi

Catat Ulasan

0 Ulasan