'Lebih Aksi dan Mendebarkan'. POLIS EVO 2 BAKAL GEGARKAN TIGA BUAH NEGARA!

 
Bakal memasuki pasaran Indonesia dan Singapura menjelang Disember 2018, Polis Evo 2 yang diterbitkan Astro Shaw, Surya Citra Media dan BlackFlag ini terlebih dahulu akan ditayangkan di Malaysia bermula 22 November 2018. Menampilkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama, Polis Evo 2 juga membariskan beberapa pelakon hebat dari tiga buah negara. Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafie Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman dan Rusdi Ramli dari Malaysia, manakala Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman mewakili Singapura serta  Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting dari Indonesia, Polis Evo 2 merupakan filem arahan pengarah muda Joel Soh dan Andre Chiew.

Ketika berucap merasmikan filem ini di Gasket Alley, Petaling Jaya baru baru ini, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro menjelaskan ‘Polis Evo 2 adalah karya yang dinantikan seluruh peminat filem di Malaysia. Ia suatu penjenamaan yang amat di tunggu memandangkan naskhah pertama filem ini yang diterbitkan pada tahun 2015 memberikan impak tersendiri dalam industri perfileman tempatan. Menariknya filem yang menjalani penggambaran selama 85 hari itu  akan ditayangkan di Indonesia pada Disember 2018.  Masih mengekalkan Joel Soh, Anwari Ashraf dan Kyle Goonting sebagai penulis skrip, Polis Evo 2 (PE2) ini menceritakan bagaimana Inspektor Sani dan Inspektor Khai yang kembali berdepan dengan cabaran lebih besar apabila terpaksa menyelesaikan satu kes paling rumit melibatkan kumpulan pengganas dan juga ajaran sesat yang menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduknya sebagai tebusan maut. Filem yang memaparkan usahasama Pasukan Tindakan Khas Malaysia dan Indonesia ini berdepan cabaran lebih kompleks dalam dunia kepolisian. Apakah Inspektor Sani dan Inspektor Khai berjaya mendepani situasi ini?. Nantikan Polis Evo 2 di pawagam bermula 22 November 2018. 

Gambar sekitar pelancaran Polis Evo 2 di Gaskey Alley, Petaling Jaya.
[gambar: Ruffey Rahman, OMS!]




Trailer


Catat Ulasan

0 Ulasan