IMBAS KEMBALI FFM: PESTA FILEM MALAYSIA KE-4 (1983)

 'Ranjau Sepanjang Jalan' yang diadaptasikan dari novel karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1983 memenangi Filem Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-4 yang diadakan di Auditorium Risda, Kuala Lumpur. Filem yang juga memenangi 'Lakon Layar Terbaik (Jamil Sulong), Jurukamera Terbaik (Johari Ibrahim) dan Pengarah Seni Terbaik (Esa Ahmad & Noraldin) ini merupakan filem lakonan Ahmad Mahmood, Sarimah Ahmad, M.Jamil, Melissa Saila, Puteri Salbiah, Ahmad Marbawi, Marlia Musa dan ramai lagi.

'Ranjau Sepanjang Jalan' ini merupakan filem yang memberi saingan kepada 'Mekanik' arahan Othman Hafsham di PFM4 yang memenangi 5 anugerah antaranya Pengarah Terbaik (Othman Hafsham), Penyunting Filem Terbaik (Affendy), Penataan Bunyi Terbaik (Peter Lim & Zulkifli Salleh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Yusof Haslam) dan Bintang Harapan Lelaki Terbaik (Azmil Mustapha).

Imbas Kembali Pesta Filem Malaysia ke-4. PFM4 telah diadakan pada 11 Disember 1983 di Auditorium RISDA, Kuala Lumpur.


IMBAS KEMBALI FESTIVAL FILEM MALAYSIA : PESTA FILEM MALAYSIA KE-4

Filem Terbaik
Ranjau Sepanjang Jalan

Pengarah Terbaik
Othman Hafsham (Mekanik)

Pelakon Lelaki Terbaik
Ahmad Mahmood (Dendam Dari Pusara)


Pelakon Wanita Terbaik
Rupiah Suparman (Bila Hati Telah Retak)

Lakon Layar Terbaik
Jamil Sulong (Ranjau Sepanjang Jalan)

Jurukamera Terbaik
Johari Ibrahim (Ranjau Sepanjang Jalan)

Penyunting Terbaik
Affendy (Mekanik)

Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik
Yusof Haslam (Mekanik)

Pelakon Wanita Pembantu Terbaik
Rokiah Shafie (Bila Hati Telah Retak)

Penataan Bunyi Terbaik 
Peter Lim & Zulkifli Salleh (Mekanik)

Penataan Seni Terbaik
Esa Ahmad & Noraldin (Ranjau Sepanjang Jalan)

Muzik Terbaik
Ooi Eow Jin (Ranjau Sepanjang Jalan)

Muzik Tema Yang Berkesan
Rahman B / Ibrahim Bachik (Bila Hati Telah Retak - Bila Hati Telah Retak)

Bintang Harapan
Azmil Mustapha (Mekanik)

Anugerah Khas Juri
Syed Kechik Film Production (Mekanik)

Anugerah Teristimewa Juri
S.Roomai Noor

Catat Ulasan

0 Ulasan