IKLAN 'REMAKE' ISTANBUL AKU DATANG! GAMIT NOSTALGIA

Walaupun sudah 11 tahun berlalu, namun kekuatan filem 'Istanbul Aku Datang', masih lagi diperkatakan ramai. Filem romantik komedi arahan Bernard Chauly itu mengisahkan Dian yang sanggup terbang ke Istanbul, Turki untuk berada dekat dengan kekasih hatinya, namun semuanya berubah ketika dia bertemu Harris. 

Filem yang menampilkan Beto Kusyairy, Lisa Surihani, Tomok dan ramai lagi itu kini kembali menjadi trending gara-gara salah seorang pelakon utamanya memuat naik satu hantaran video dengan kapsyen berbunyi ; Dejavu kan? Sudah 11 tahun, dia datang menganggu hidup saya?. 

Video yang dikongsikan Lisa Surihani menerusi akaun Instagram miliknya mendapat pelbagai respond dari pelayar media sosial, dan rata-rata dari pengikutnya mahu filem tersebut diterbitkan semula. Untuk makluman, klip pendek berdurasi 3 minit itu sebenarnya adalah sebuah video iklan yang mempromosikan kamping perap jenama Pak Mat Western. 

Watak Dian yang dipaparkan dalam video tersebut sebenarnya sudah berkahwin dan dia terserempak dengan Hariss di sebuah kawasan perumahan. Akibat terlalu mesra, Dian mengajak Hariss untuk berbuka di rumahnya, tanpa mengetahui yang lelaki tersebut adalah Harris, seorang lelaki yang pernah dicintainya.

Paling menariknya, apabila kelibat Yusri Abdul Halim turut kelihatan dalam video tersebut dan dia memegang peranan sebagai suami sebenar kepada Dian. Apakah yang berlaku selepas itu?. Anda kenalah tonton sendiri video tersebut di sini

Namun, apa yang pasti dan diiinginkan ketika ini adalah filem Istanbul Aku Datang diterbitkan semula dalam bentuk sekuel. Adakah anda bersetuju?. Tepuk dada tanya selera!.

Amy Ikram by wajib tonton.

Catat Ulasan

0 Ulasan