Bagi mewujudkan kesempurnaan dalam sesebuah kehidupan, pastinya kita tidak dapat lari dari pelbagai masalah yang bermain di fikiran. Dari masalah kewangan, pergaulan, dan kesihatan, tentunya kita tidak menjangka ini sekaligus menjadikan masyarakat lebih tertekan akibat tekanan hidup yang tidak menentu. Kepelbagaian sumber berita dalam dan luar negara, boleh dikatakan seringkali memaparkan cerita tentang hilangnya kewarasan dari segi jasmani mahupun rohani.
Atas inisiatif bagi membawa isu yang diperkatakan ini, syarikat rakaman terkenal, Luncai Emas membawakan ‘Waras’ sebagai rilisan terbaru mereka bagi memperkenalkan Aleya, seorang pendatang baharu industri muzik tempatan menerusi Album: Joget Made In Malaysia yang didatangkan dari Sandakan, Sabah, di mana beliau merupakan seorang pelajar jurusan Diploma Seni Muzik tahun keempat di Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM.
Penerbitan single Waras ini adalah kerjasama daripada pensyarah serta pelajar daripada Kolej Pengajian Seni Kreatif UITM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Rithaudin Md Noor selaku penerbit lagu.
Ketika bercakap kepada media, Aleya optimis mengatakan penerbitan album tersebut sebagai suara hatinya bagi menyampaikan sesuatu kepada masyarakat.
"Bagi saya, setiap ayat yang disampaikan dalam lagu ini dapat mewujudkan kesedaran dan kewarasan kepada diri saya. Pensyarah saya iaitu Alwagera sudah menjadi sumber inspirasi saya untuk lebih sedar akan keseronokkan dunia. Bahayanya keseronokkan dunia sekiranya kita leka dalam kehidupan. Saya amatlah berharap lagu ini disukai orang ramai dan mendapat sokongan bagi membantu saya untuk berjaya dalam kerjaya saya," Kata Aleya berharap peminat muzik tempatan dapat menerima kehadirannya.
Menurut komposer lagu ini, Alwagera, beliau mendapat ilham berdasarkan kisah mereka yang dilanda kesempitan hidup mahupun dalam keadaan tertekan sehingga hilang waras. Saya dan penggubah lagu Affan serta kumpulan produksi, memilih untuk membuat suatu kelainan iaitu menggabungkan elemen pop, rock, EDM dan joget agar mudah diterima ramai. Produksi lagu telah mengambil tempoh lebih kurang sebulan lebih termasuk proses rakaman. Jelas Alwagera berharap lagu yang dihasilkan ini mampu mencipta fenomena luar biasa.
Penerbit Album Joget : Made In Malaysia, Keon Omar, menjelaskan tujuan utama penerbitan lagu-lagu joget nyanyian penyanyi muda di dalam album ini adalah bagi mendekatkan golongan muda dengan irama tradisi joget ini. Walaupun kontemporari , asas muzik joget tetap ada.
Penggambaran muzik video bagi single Waras ini telah dijalankan dengan arahan oleh Azlan Syah Rashid, seorang pensyarah Fakulti Filem,Teater & Animasi di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.
‘Waras’ berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan dan kini berada di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dan lain-lain. Menariknya juga, video muzik lagu 'Waras' ini boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas.
Luncai Emas Sdn Bhd berharap usaha album joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat, tua dan muda dan daripada radio, televisyen, media cetak dan elektronik.
Wajib Tonton was originally known as amyikram.com since April 2023 in bringing the latest entertainment news, music and movie updates
WAJIB TONTON
Semua artikel yang diterbitkan dalam laman ini adalah hak cipta terpelihara milik Wajib Tonton. Sebarang salinan semula bagi apa-apa tujuan sekalipun tidak dibenarkan, kecuali dengan kebenaran. Anda boleh menghubungi amyikram@wajibtonton.com atau wajibtonton.my@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.
TIKTOK WAJIB TONTON
Ikuti TikTok Rasmi WajibTonton untuk menonton video-video terkini
SINEMA ASIA: NOV 2024
Antara seleksi karya drama dan filem terpilih yang ditayangkan bermula pada 21 November 2024. Karya terbaru akan dikemaskini setiap minggu. Selamat menonton.
21 NOVEMBER 2024 - JANGAN PANDANG BELAKANG 2 : AKU TAHU ASAL USULMU (Malay)
Pengarah: Pierre Andre Pelakon: Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek
WAJIB TONTON merupakan blog rasmi Amy Ikram yang dahulunya dikenali sebagai amyikram.com. Sebarang pengiklanan, promosi dan pertanyaan, makluman atau jemputan, sila emelkan kepada admin blog ini -
amyikram@wajibtonton.com / wajibtonton.my@gmail.com
Wajib Tonton juga berkolaborasi bersama Oh My Shorties! (OMS!) untuk menyajikan berita hiburan dari pelbagai perspektif dari dalam dan luar negara.
0 Ulasan