FESTIVAL MUZIK & AIR TERBESAR 'OUT OF THE WORLD' BAKAL MENAMPILKAN ARTIS TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Dalam usaha bagi memartabatkan seni sebagai hab pelancongan serantau, Out of The World (OOTW) iaitu festival muzik dan air yang pertama dan terbesar di Malaysia akan diadakan pada 26 Mei 2023 (Jumaat) hingga 28 Mei 2023 (Ahad) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Program yang dianjurkan oleh Genesis Entertainment Sdn. Bhd. (Genesis Entertainment) itu merupakan program berlandaskan pelancongan, seni, budaya dan hiburan.

Berkeluasan 2 ekar (87,120 kaki persegi), OOTW akan menghiburkan para pengunjung dengan persembahan daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa. 'Dolla, Vgene, Resort, Midnight Music, TY: Del, Riesa Anne, Han XIIAO AII韩晓嗳, Jovynn, Imsoniacks, Mardiana, Chukiess & Whackboii, Lost Space, Jovynn, Rexx Fong, JE, NYK, Sherry Alyssa, Claudia Tan dan Nahsyk ' antara barisan selebriti yang dijangka akan mengadakan persembahan sekaligus mampu menarik ramai pelancong dari seluruh dunia ke sini.

Bagi pengunjung yang hadir menyaksikan festival OOTW ini, pelbagai aktiviti diadakan antaranya taman tema air bertingkat, kolam dan gelongsor air pemetaan unjuran AI, paparan kesenian, bazar makanan, laluan cabaran dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Kanan (Domestik & Acara) Tourism Malaysia, En. Iskandar Mirza bin Mohd Yusof dalam satu kenyataan berkata, “Ianya mengujakan untuk menyaksikan badan korporat di Malaysia membawa inisiatif untuk mempromosi gabungan pelancongan, budaya dan hiburan. Inisiatif seperti ini merupakan kunci untuk menjana permintaan antarabangsa terhadap acara seperti ini dan memacu perbelanjaan di dalam sektor pelancongan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran festival Out of The World, yang menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk belajar dan membangunkan diri agar mampu berdaya saing. Saya percaya Malaysia mempunyai potensi untuk menerajui acara berkaliber tinggi seperti ini dan saya berharap lebih banyak acara seumpama ini akan diadakan pada tahun 2023.”

Dengan acara seumpama ini, Genesis Entertainment mensasarkan untuk meletakkan penanda aras di Asia Tenggara dengan penganjuran acara yang unik yang menampilkan kepelbagaian dalam pelancongan, seni, budaya dan hiburan. Tambahan pula, seramai lebih 30,000 orang pengunjung dijangkakan akan menghadiri acara ini, menepati sasaran untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, dengan meningkatkan perbelanjaan pelancongan dan festival tersebut sebagai tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Genesis Entertainment Sdn. Bhd, En. Lens Chan pula berkata, “Ia satu kebangaan bagi kami apabila terlibat sebagi penganjur dan kami percaya ianya merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah jenama tempatan untuk mempertingkatkan industri hiburan dan pelancongan di Malaysia. Kami di Genesis Entertainment berharap Out of The World yang diadakan pada tahun ini, mampu mengulang kejayaan yang sama pada tahun-tahun mendatang, kerana acara ini bukan sahaja mampu menggerakkan sektor pelancongan negara, malahan ia bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terbaik di dunia", tegas Lens Chan dalam satu kenyataan media yang telah diadakan di sebuah galeri seni terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi anda yang ingin menyaksikan festival ini, bolehlah mendapatkan tiket anda sekarang di sini.


PEMBELIAN AWAL

PASS 1 HARI

PASS 3 HARI

SEORANG

RM238

RM638

4 ORANG

RM918

RM2,478

10 ORANG

RM2,188

RM5,868

HARGA NORMAL

PASS 1 HARI

PASS 3 HARI

SEORANG

RM338

RM918

4 ORANG

RM1,308

RM3,538

10 ORANG

RM3,138

RM8,488


*Harga tiket termasuk Kostum edisi terhad & pistol air (untuk 1000 pembelian pertama)

*Harga tiket boleh berubah dari masa ke semasa


admin by wajib tonton


Catat Ulasan

0 Ulasan